PERINGATAN Bos Ducati Kepada Marc Marquez

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

1/20/20241 min read

BOS Ducati, Claudio Domenicali menjelaskan dia berharap barisan pelumbanya mengharungi kempen MotoGP 2024 tanpa kemalangan dan menariknya sambil 'memetik' nama Marc Marquez.

Marquez yang juga juara dunia lapan kali menyertai pasukan satelit Ducati, Gresini musim ini dan pada musim lalu, pelumba kelahiran Sepanyol itu mencipta banyak kontroversi bersama pelumba Ducati sedia ada.

Antaranya adalah insiden membabitkan Jorge Martin pada pusingan pembuka musim di Portugal dan penutup tirai di Valencia, Marco Bezzecchi (Valencia) dan Johann Zarco (Sachsenring).

"Apa kami harapkan adalah mereka akan mengharungi perlumbaan tanpa sebarang kemalangan. Saya benar-benar tidak gemarkan 'sentuhan' kerana ia merbahaya," kata Claudio Domenicali memetik laporan Marca.

"Dari masa ke masa, Marc nampak seperti itu. Jorge juga sama.

"Ia nampak seperti itu pada perlumbaan terakhir. Marc mengharungi kemalangan yang amat teruk. Dan ia adalah Jorge yang menyebabkan dia mendapat kemalangan. Ia merbahaya.

"Ada had dalam perlumbaan dan kami perlu peka terhadap had itu.

"Kerana itu pentingnya ada 'Race Direction' untuk menenangkan para pelumba, dan apabila ada seseorang melepasi had, mereka akan dikenakan hukuman serta mereta.

"Ia amat penting untuk keselamatan dalam sukan ini, kerana kami adalah sukan yang amat penting yang mahu terus berkembang dan mempunyai ramai penonton.

"Juara, dia atas trek perlu menjadi contoh atas apa yang dia capai, sukar, tetapi jujur, bersih," katanya.