PERLU Kesilapan Jorge Martin Untuk Menang - Pecco Bagnaia
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
9/22/20241 min read


FRANCESCO Bagnaia mengakui kesilapan daripada Jorge Martin diperlukan untuk menjuarai Perlumbaan Sprint Grand Prix Emilia Romagna di Misano, Itali semalam.
Pelumba Ducati Lenovo itu membuktikan kepakarannya di Misano apabila sekali lagi memecahkan rekod terpantas litar untuk merangkul petak utama.
Tetapi penyandang juara dunia itu berdepan kesulitan di permulaan perlumbaan yang menyaksikannya dipinta pelumba Pramac Ducati, Martin selain pelumba KTM, Brad Binder.
Selepas berjaya memintas semula Binder untuk mengisi tempat kedua, penyandang juara dunia berjaya merampas kedudukan pendahulu daripada Martin susulan kesilapan pelumba Sepanyol itu di selekoh 13 pada pusingan ke-8 dan melintasi garisan penamat sebagai pemenang.
"Amat-amat gembira atas apa yang berlaku, untuk perlumbaan, kerana saya fikir saya dan Jorge memperoleh sesuatu yang menakjubkan dari sudut kelajuan, enam saat lebih pantas berbanding dua minggu lalu," kata Pecco.
"Ia mengagumkan. Masa sepusingan yang kami lakukan cukup untuk memulakan perlumbaan di barisan kedua ketika kelayakan, jadi ia amat bermakna kepada saya, kepada kami.
"Dan esok (hari ini) akan sama.
"Jadi kami perlu memulakan dengan lebih baik pada hari ini kerana saya sekali lagi kehilangan dua posisi dan esok saya akan cuba untuk mendapatkan permulaan sebaik mungkin dan cuba menetapkan kelajuan saya kerana saya fikir kami mempunyai potensi yang baik untuk menguruskan jurang.
"Ada sedikit perbezaan berbanding dua minggu lalu, iaitu keadaan fizikal saya lebih baik.
"Jadi saya dapat menggunakan badan saya dengan lebih baik untuk mengawal pergerakan, untuk mengawal tayar.
"Dia ia amat membantu kerana apabila berbaki enam pusingan dan saya memintasnya (Martin), sejak itu saya cuba memberikan tekanan untuk menjarakkan dan mengawal jurang.
"Saya memelukan kesilapan itu kerana amat-amat sukar untuk mendapat peluang (memintas). Tetapi saya merancang untuk melakukannya pada satu atau dua pusingan terakhir, tetapi kelas keadaan fizikal 100 peratus benar-benar membantu."
