PERLUMBAAN 1 WorldSBK Di Most Milik Toprak Razgatlioglu

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

5/17/20252 min read

PENYANDANG juara dunia WorldSBK, Toprak Razgatlioglu meneruskan penguasaan di Most, Republik Czech apabila menjuarai Perlumbaan 1 Pusingan 5 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2025 itu hari ini.

Memulakan perlumbaan di petak utama, pelumba pasukan ROKiT BMW Motorrad itu begitupun dipintas seawal selekoh pertama oleh pelumba Aruba.it Racing Ducati, Nicolo Bulega.

Dan pelumba kelahiran Turki itu hanya memerlukan lima pusingan sebelum merampas kembali kedudukan sebagai pendahulu.

Bulega yang juga pendahulu kejuaraan WorldSBK berjaya untuk memberi tekanan kepada Razgatlioglu pada lima pusingan selepas itu tetapi kelajuan yang dimiliki juara dunia dua kali WorldSBK itu tidak mampu dikekang selepas itu.

Pada akhirnya, Bulega terpaksa menamatkan perlumbaan sebagai naib juara dan ketinggalan hampir 7 saat di belakang Razgatlioglu.

Pelumba pasukan satelit Ducati, Danilo Petrucci melengkapkan kedudukan podium namun melepasi garisan penamat 4 saat selepas Bulega.

Alex Lowes meraih tempat ke-4 sekali gus menjadi keputusan terbaik buat Bimota pada musim ini.

Alvaro Bautista yang memulakan perlumbaan di petak ke-10 berdepan malang pada pusingan pertama yang menyaksikannya jatuh ke tangga ke-16. Tetapi rakan sepasukan Bulega itu berjaya mencipta kebangkitan menakjubkan dan melepasi garisan penamat di tempat ke-5.

Pelumba negara, Md Zaqhwan Zaidi dari pasukan PETRONAS MIE Honda tidak menamatkan perlumbaan.

Berikut keputusan Perlumbaan 1 WorldSBK Most 2025

  1. Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, Juara

  2. Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +6.015s

  3. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +10.230s

  4. Alex Lowes (GBR) Bimota by Kawasaki Racing Team Bimota KB998, +14.814s

  5. Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +15.520s

  6. Sam Lowes (GBR) Marc VDS Racing Team, Ducati Panigale V4 R, +16.053s

  7. Iker Lecuona (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, +18.581s

  8. Yari Montella (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +20.092s

  9. Xavi Vierge (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, +20.750s

  10. Jonathan Rea (GBR) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +22.674s

  11. Garrett Gerloff (USA) Kawasaki WorldSBK Team, Kawasaki ZX-10RR, +23.522s

  12. Axel Bassani (ITA) Bimota by Kawasaki Racing Team, Bimota KB998, +23.997s

  13. Dominique Aegerter (SUI) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +31.499s

  14. Scott Redding (GBR) MGM Bonovo, Ducati Panigale V4 R, +31.542s

  15. Bahattin Sofuoglu (TUR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +31.668s

  16. Ryan Vickers (GBR) Motocorsa Racing, Ducati Panigale V4 R, +35.204s

  17. Tito Rabat (ESP) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +52.771s

Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, DNF

Andrea Locatelli (ITA) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, DNF

Michael van der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, DNF

Zaqhwan Zaidi (MAS) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, DNF

Tarran Mackenzie (GBR) Petronas MIE Racing Team, Honda CBR1000RR-R, DNS