PERLUMBAAN Sprint Di Aragon Milik Marc Marquez
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
6/7/20252 min read


PELUMBA Ducati Lenovo, Marc Marquez mengatasi permulaan buruk di Aragon untuk merangkul kemenangan ke-7 Perlumbaan Sprint musim ini, hari ini.
Memulakan perlumbaan di petak utama, Marc begitupun dipintas tiga pelumba termasuk pelumba KTM, Pedro Acosta sebelum mencipta kebangkitan yang menafikan adiknya Alex Marquez kemenangan Sprint kedua berturut-turut selepas Silverstone.
Tetapi selepas berjaya memintas semula Acosta selepas selekoh pertama, Marc kemudian memotong pelumba VR46 Ducati, Franco Morbidelli di selekoh sama pada pusingan kedua.
Dan bekas pelumba Repsol Honda itu berjaya memintas pelumba Gresini Ducati, Alex pada pusingan ke-6 dan terus memimpin perlumbaan sehingga garisan penamat.
Morbidelli dalam pada itu terlepas kedudukan podium selepas dia dipintas pelumba 'rookie' musim ini, Fermin Aldeguer berbaki 4 pusingan perlumbaan untuk terpaksa berpuas hati di tempat ke-4.
Pelumba KTM, Acosta dalam pada itu menamatkan perlumbaan sebagai pelumba bukan Ducati terbaik di tempat kelima.
Pemenang perlumbaan GP British 2025, Marco Bezzecchi dari Aprilia Racing turut bangkit daripada grid belakang untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-8 dengan mata terakhir diperoleh rakan sepasukan Acosta, Brad Binder.
Dalam pada itu, pelumba terbaik Yamaha dicatatkan oleh Fabio Quartararo (Monster Yamaha) di tempat ke-11.
Dan situasi sukar terus melanda rakan sepasukan Marc, Francesco Bagnaia pada satu ketika berada di kedudukan ke-4 tetapi melepasi garisan penamat di tempat ke-12.
Sementara itu, Johann Zarco sekali lagi muncul sebagai pelumba terbaik Honda tetapi melepasi garisan penamat di tempat ke-16.
Keputusan Perlumbaan Sprint GP Aragon 2025
Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP25), 19m 43.026s
Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP24), +2.080s
Fermin Aldeguer (SPA) Gresini Ducati (GP24)*, +4.630s
Franco Morbidelli (ITA) VR46 Ducati (GP24), +5.944s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), +6.095s
Fabio Di Giannantonio (ITA) VR46 Ducati (GP25), +6.379s
Maverick Vinales (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +7.213s
Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP25), +8.343s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +9.982s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), +11.427s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +13.331s
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP25), +14.017s
Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), +16.494s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +17.202s
Miguel Oliveira (POR) Pramac Yamaha (YZR-M1), +18.287s
Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), +19.284s
Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +19.841s
Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Factory (RS-GP25), +23.763s
Somkiat Chantra (THA) Idemitsu Honda LCR (RC213V)*, +31.069s
Augusto Fernandez (SPA) Pramac Yamaha (YZR-M1), DNF
Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), DNF
