PERLUMBAAN Sprint GP Australia 2023 Batal Angkara Cuaca Buruk

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

10/22/20231 min read

TIADA Perlumbaan Sprint dijalankan di Grand Prix (GP) Australia 2023 selepas hujan ribut melanda Litar Phillip Island menyaksikan perlumbaan 'kedua' itu terpaksa dibatalkan.

Kepada yang tak tahu, Perlumbaan Sprint yang sebelum ini dijadual pada Sabtu ditukar tarikh kepada Ahad dengan Perlumbaan utama yang sepatutnya berlangsung pada Ahad berlangsung pada Sabtu.

Jadual pada hari ini turut diubah dan dicepatkan untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.

Begitupun, selepas tiga sesi pemanas badan dan perlumbaan Moto3 berlangsung (dalam keadaan hujan lebat), perlumbaan Moto2 akhirnya dipendekkan kepada 10 pusingan selepas keadaan menjadi lebih buruk.

Dan berikutan keadaan cuaca dijangka menjadi lebih buruk di Phillip Island, mesyuarat dijalankan di antara pasukan dan pengurusan perlumbaan yang membawa kepada pembatalan Perlumbaan Sprint.

Dorna dalam kenyataan berkata: "Perubahan yang dibuat kepada jadual untuk memastikan aksi litar yang maksimum dan kondisi paling selamat hari ini, tetapi ramalan cuaca menunjukkan ia bertambah buruk sepanjang hari dan menyaksikan sebarang aktiviti trek selepas perlumbaan Moto2 berakhir."