PERLUMBAAN Sprint GP Austria 2024 Milik Pecco Bagnaia, Marc Marquez Jatuh

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

8/17/20242 min read

FRANCESCO Bagnaia menjuarai Perlumbaan Sprint Grand Prix (GP) Austria 2024 yang berlangsung penuh drama menyaksikan Jorge Martin dikenakan penalti dan Marc Marquez dipalit kemalangan di Red Bull Ring.

Memulakan perlumbaan di petak kedua, kemenangan membenarkan pelumba Ducati Lenovo, Bagnaia merampas kedudukan pendahulu carta kejuaraan daripada Martin dengan kedua-duanya mengumpul 250 mata.

Tetapi berikutan Bagnaia memiliki jumlah kemenangan lebih banyak berbanding Martin dari Pramac Ducati yang menamatkan perlumbaan sebagai naib juara, ia meletakkan pelumba Itali itu sebagai pendahulu.

Mengisi tempat kedua di belakang Bagnaia ketika perlumbaan, Martin begitupun terpaksa mengambil penalti 'Long lap' yang memaksanya jatuh ke kedudukan ketiga dengan kedudukan kedua diambil Marquez.

Martin dikenakan penalti berikutan pertarungannya dengan Bagnaia di awal perlumbaan yang menyaksikannya kehilangan empat saat berharga.

Tampak selesa di kedudukan kedua, pelumba pasukan Gresini Ducati itu begitupun dipalit malang apabila terjatuh ketika perlumbaan berbaki lima pusingan.

Kejadian yang menimpa pelumba Sepanyol itu menyaksikan pelumba Aprilia Racing, Aleix Espargaro melengkapkan kedudukan di pentas podium.

Bagi Bagnaia, ia adalah kemenangan ketiganya dalam Perlumbaan Sprint musim ini mengikuti kemenangan di Belanda dan Itali.

Secara keseluruhan, Bagnaia setakat ini sudah mengumpul enam kemenangan MotoGP berbanding Martin dua.

Rakan sepasukan Bagnaia, Enea Bastianini menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat dengan Jack Miller muncul pelumba terbaik daripada pasukan yang mengganggap Red Bull Ring sebagai laman sendiri, Red Bull KTM.

Pelumba yang baru mengesahkan tempat di grid MotoGP musim depan, Franco Morbidelli menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam diikuti rakan sepasukan Miller, Brad Binder.

Sementara itu, Fabio Quartararo sekali lagi bergelar pemenang 'Japan Cup' selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-12 manakala pelumba Honda terbaik sekali lagi dimenangi Johann Zarco (LCR Honda) yang menamatkan aksi di tempat ke-15.

Keputusan Perlumbaan Sprint GP Austria 2024

  1. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP24), 20m 59.768s

  2. Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP24), +4.673s

  3. Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +7.584s

  4. Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP24), +9.685s

  5. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +10.421s

  6. Franco Morbidelli (ITA) Pramac Ducati (GP24), +10.523s

  7. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +10.941s

  8. Marco Bezzecchi (ITA) VR46 Ducati (GP23), +11.932s

  9. Pol Espargaro (SPA) Red Bull KTM (RC16), +15.101s

  10. Pedro Acosta (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16)*, +16.611s

  11. Maverick Vinales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +16.759s

  12. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +17.943s

  13. Miguel Oliveira (POR) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), +18.304s

  14. Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), +19.185s

  15. Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V), +21.330s

  16. Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +22.940s

  17. Luca Marini (ITA) Repsol Honda (RC213V), +25.830s

  18. Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Racing (RS-GP24), +26.622s

  19. Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), +27.458s

  20. Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +37.870s

Augusto Fernandez (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16), DNF

Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), DNF

Marc Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), DNF

Stefan Bradl (GER) HRC Test Team (RC213V), DNF