PERLUMBAAN Sprint GP Catalan 2024 Milik Aleix Espargaro
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
5/25/20242 min read


ALEIX Espargaro dari Aprilia Racing menjuarai Perlumbaan Sprint penuh dramatik GP Catalan 2024, hari ini yang turut menyaksikan tiga pelumba yang mendahului perlumbaan mengalami kemalangan.
Paling kecewa pastinya pelumba Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia yang terjatuh pada pusingan terakhir di Litar Catalunya ketika sedang memimpin perlumbaan.
Turut terjatuh ketika sedang mendahului perlumbaan adalah pelumba pasukan Trackhouse Aprilia, Raul Fernandez dan pelumba Red Bull KTM, Brad Binder.
Pelumba Gresini Ducati, Marc Marquez dalam pada itu sekali lagi menampilkan magis apabila menamatkan perlumbaan sebagai naib juara.
Apa yang menakjubkan, juara dunia MotoGP enam kali itu memulakan perlumbaan di petak ke-14 dan mengharungi saingan dengan pakej aero yang tidak lengkap susulan kemalangan.
Melengkapkan kedudukan podium adalah pelumba 'rookie' MotoGP musim ini, Pedro Acosta dari pasukan satelit KTM, Red Bull GasGas.
Memulakan perlumbaan di petak utama, Espargaro begitupun terpaksa menghuni tangga kelima di awal perlumbaan yang turut menyaksikan kedudukan Bagnaia mula mendahului perlumbaan sebelum ia diambil alih Fernandez.
Tetapi pelumba kelahiran Sepanyol itu mensia-siakan peluang apabila terjatu di selekoh sepuluh sebelum posisi itu diambil alih Binder yang kemudian menghadapi nasib yang sama.
Situasi itu membenarkan Acosta memimpin perlumbaan buat satu ketika sebelum dia dipintas Bagnaia dengan Espargaro di tangga kedua.
Dan ketika Bagnaia nampak seperti akan menang selesa selepas meraih kelebihan agak besar sebagai pendahulu, pelumba kelahiran Itali itu melakukan salah satu kesilapan terbesarnya pada musim 2024 apabila terjatuh di pusingan terakhir.
Ia pantas memberikan pelumba yang mengumumkan persaraannya selepas muim ini berakhir, Espargaro muncul juara dengan Marquez sekali lagi bergelar naib juara selepas memintas Acosta di pusingan terakhir.
Keputusan Perlumbaan Sprint GP Catalan 2024
Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), 20m 1.478s
Marc Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +0.892s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16)*, +1.169s
Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP24), +2.147s
Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP24), +2.980s
Fabio Di Giannantonio (ITA) VR46 Ducati (GP23), +4.623s
Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +8.084s
Maverick Vinales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +8.245s
Marco Bezzecchi (ITA) VR46 Ducati (GP23), +8.643s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), +9.241s
Franco Morbidelli (ITA) Pramac Ducati (GP24), +9.537s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +13.045s
Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +13.199s
Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +13.378s
Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), +16.438s
Luca Marini (ITA) Repsol Honda (RC213V), +18.000s
Augusto Fernandez (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16), +25.262s
Stefan Bradl (GER) HRC Test Team (RC213V), +33.751s
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP24), DNF
Miguel Oliveira (POR) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), DNF
Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V), DNF
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), DNF
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP23), DNF
