PERLUMBAAN Sprint GP Hungary Milik Marc Marquez
Selain 13 kemenangan berturut-turut Perlumbaan GP dan Sprint, ia adalah kemenangan ke-13 Perlumbaan Sprint buat Marc Marquez juara dunia lapan kali pada musim ini
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
8/23/20252 min read


JAGUH Ducati Lenovo, Marc Marquez terus tidak dapat dikalahkan apabila meneruskan rentak kemenangannya kepada 13 berturut-turut selepas menjuarai Perlumbaan Sprint Grand Prix (GP) Hungary 2025 di litar baharu Balaton Park.
Selain 13 kemenangan berturut-turut (GP dan Sprint), ia adalah kemenangan ke-13 Perlumbaan Sprint buat juara dunia lapan kali itu pada musim ini.
Ducati turut mendominasi pentas podium apabila dua pelumba VR46 Ducati, Fabio Di Giannantonio dan Franco Morbidelli melengkapkan kedudukan podium.
Memulakan perlumbaan di petak utama, Marc bernasib baik tidak terbabit dengan kemalangan yang membabitkan pelumba Monster Yamaha, Fabio Quartararo seawal pusingan pertama dan tidak lagi dipintas sesiapapun selepas itu.
Begitupun, insiden itu menyaksikan beberapa pelumba termasuk yang memulakan perlumbaan di petak kedua, Marco Bezzecchi dari Aprilia Racing tercicir sebelum kedudukan kedua dan ketiga dipegang Giannantonio dan Morbidelli sehingga penghujung perlumbaan.
Selain Quartararo, turut tidak menamatkan perlumbaan adalah Enea Bastianini (Tech3 KTM) dan Johann Zarco (LCR Honda) susulan kemalangan.
Kemenangan turut menyaksikan Marc terus meningkatkan kelebihan di puncak carta kejuaraan kepada 152 mata.
Menariknya, pelumba bukan Ducati terbaik di Balaton Park adalah Honda selepas Luca Marini (Honda HRC) menamatkan perlumbaan di tempat ke-4 diikuti Fermin Aldeguer (Gresini Ducati) dan seorang lagi pelumba Honda, Joan Mir.
Marco Bezzecchi sekalipun berdepan kesulitan muncul pelumba Aprilia terbaik di tempat ke-7 ddikuti Alex Marquez (Gresini Ducati) ke-8 dan Jorge Martin menjadi pelumba terakhir mengutip mata di tempat ke-9.
Tanpa Quartararo, pelumba terbaik Yamaha menjadi milik Jack Miller (Pramac Yamaha) diikuti rakan sepasukan Marc, Francesco Bagnaia.
Keputusan Perlumbaan Sprint GP Hungary 2025
Marc Marquez (SPA) Ducati Lenovo (GP25), 21m 13.465s
Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP25), +2.095s
Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati (GP24), +3.595s
Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol (RC213V), +4.890s
Fermin Aldeguer (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24)*, +5.692s
Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol (RC213V), +6.147s
Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing (RS-GP25), +6.266s
Alex Marquez (SPA) BK8 Gresini Ducati (GP24), +7.332s
Jorge Martin (SPA) Aprilia Racing (RS-GP25), +10.779s
Pol Espargaro (SPA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), +12.905s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP25), +13.148s
Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha (YZR-M1), +14.097s
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP25), +14.891s
Miguel Oliveira (POR) Pramac Yamaha (YZR-M1), +15.342s
Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia (RS-GP25)*, +15.467s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +21.007s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM (RC16), +22.245s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +1 lap
Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3 (RC16), DNF
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), DNF
Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR (RC213V), DNF
