PERLUMBAAN Sprint GP Itali 2024 Milik Pecco Bagnaia
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
6/1/20242 min read


FRANCESCO Bagnaia mengakhiri 'badi' di Perlumbaan Sprint musim ini dengan menjuarai aksi berkenaan di Grand Prix (GP) Itali 2024 di Mugello dan menariknya, menang dengan penuh bergaya.
Apa yang menarik, sekalipun bergelar pelumba terbanyak memenangi perlumbaan MotoGP musim ini, kemenangan di Pusingan 7 di Mugello adalah yang pertama buat Bagnaia dalam Perlumbaan Sprint musim ini.
Lebih mengujakan, ia berjaya dilakukan sekalipun Pecco terpaksa memulakan perlumbaan di petak ke-5 susulan penalti namun memanfaatkan kemampuan Ducati GP24 untuk berada di depan sejurus aksi dimulakan.
Sebagai info, kali terakhir pelumba kelahiran Itali itu menang pada aksi Sprint adalah di GP Austria pada 2023.
Kemenangan menyaksikan pelumba yang terkenal dengan gelaran Pecco itu merapatkan jurang dengan pendahulu kejuaraan, Jorge Martin dari Pramac Ducati yang pulang dengan tangan kosong selepas terjatuh.
Menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua adalah pelumba sensasi Gresini Ducati, Marc Marquez yang terus menempatkan dirinya dalam kelompok podium.
Melengkapkan kedudukan podium adalah pelumba 'Rookie' tunggal MotoGP musim ini, Pedro Acosta dari Red Bull GasGas Tech3 sekalipun mengakui berada dalam keadaan tidak sihat.
Turut mencipta kebangkitan adalah seorang lagi pelumba Itali, Franco Morbidelli yang menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat.
Kedudukan kelima menjadi milik pelumba Aprilia, Maverick Vinales diikuti pelumba Red Bull KTM, Brad Binder.
Tiada pelumba daripada pengeluar Jepun berada dalam posisi kutipan mata dengan kedudukan terbaik diraih Alex Rins daripada Monster Yamaha yang menamatkan perlumbaan di tangga ke-13. Pelumba terbaik Honda adalah Johann Zarco dari LCR Honda.
Keputusan turut menyaksikan adik kepada legenda MotoGP, Luca Marini terus buntu untuk meraih sebarang mata bersama pasukan 'kilang' Repsol Honda selepas melepasi garisan penamat di tangga ke-19.
Keputusan Perlumbaan Sprint GP Itali 2024
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP24), 19m 30.251s
Marc Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +1.469s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16)*, +4.147s
Franco Morbidelli (ITA) Pramac Ducati (GP24), +5.421s
Maverick Vinales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24) +7.693s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16), +8.271s
Fabio Di Giannantonio (ITA) VR46 Ducati (GP23), +8.571s
Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23), +8.846s
Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24), +8.984s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP23), +10.085s
Marco Bezzecchi (ITA) VR46 Ducati (GP23), +10.199s
Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16), +13.988s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1), +14.137s
Pol Espargaro (SPA) Red Bull KTM (RC16), +18.259s
Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V), +18.309s
Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V), +19.374s
Augusto Fernandez (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16), +23.060s
Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Racing (RS-GP24), +24.596s
Luca Marini (ITA) Repsol Honda (RC213V), +25.587s
Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP24), DNF
Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V), DNF
Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP24), DNF
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1), DNF
Miguel Oliveira (POR) Trackhouse Aprilia (RS-GP24), DNF
