PERLUMBAAN Sprint GP Valencia Milik Alex Marquez

Alex Marquez yang memulakan perlumbaan di petak kedua tidak menunggu lama untuk memintas Marco Bezzecchi daripada Aprilia Racing untuk memimpin perlumbaan seawal selekoh pertama dan mengekalkan kedudukan hingga garisan penamat

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

11/14/20252 min read

PELUMBA Gresini Ducati, Alex Marquez mencatatkan kemenangan bergaya dalam Perlumbaan Sprint Grand Prix (GP) Valencia 2025 yang juga pusingan penutup tirai saingan MotoGP pada musim ini di Litar Ricardo Tormo, hari ini.

Memulakan perlumbaan di petak kedua, Alex tidak menunggu lama untuk memintas Marco Bezzecchi daripada Aprilia Racing untuk memimpin perlumbaan seawal selekoh pertama.

Dan kedudukan itu berjaya dikekalkan sehingga garisan penamat.

Susulan keadaan cuaca yang mendung dan suhu yang agak sejuk, situasi itu mendorong beberapa pelumba termasuk Bezzecchi dan Raul Fernandez untuk menukar tayar depan daripada keras kepada tayar lembut.

Tetapi strategi itu tidak membuahkan hasil buat Bezzecchi apabila dia dipintas oleh Alex di selekoh pertama dan gagal merampas semula kedudukan pendahulu sehingga ke garisan penamat.

Pelumba Red Bull KTM, Pedro Acosta mengekalkan kedudukan kedua selepas memintas Bezzecchi yang tergelincir ke tempat keenam pada pusingan pembukaan.

Pertarungan sengit antara Raul Fernandez dan Fabio Di Giannantonio untuk tempat ketiga menyaksikan beberapa pertukaran kedudukan sebelum pelumba VR46 Ducati itu berjaya menamatkan perlumbaan di podium.

Pelumba Pramac Yamaha, Jack Miller dikenakan penalti tiga tempat selepas insiden dengan Fermin Aldeguer, namun enggan mematuhinya sebelum akhirnua dihukum dengan penalti long-lap.

Malah bagi pasukan utama Honda yang menyaksikan terbabit dalam kemalangan dengan rakan sepasukan Luca Marini pada pusingan kedua.

Keputusan Perlumbaan Sprint GP Valencia 2025

  1. Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati, 19m 37.49s

  2. Pedro Acosta (SPA) Red Bull KTM, +1.149s

  3. Fabio Di Giannantonio (ITA) Pertamina VR46 Ducati, +2.637s

  4. Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia, +3.519s

  5. Marco Bezzecchi (ITA) Aprilia Racing, +3.727s

  6. Franco Morbidelli (ITA) Pertamina VR46 Ducati, +6.349s

  7. Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha, +7.102s

  8. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM, +7.352s

  9. Ai Ogura (JPN) Trackhouse Aprilia, +7.685s

  10. Johann Zarco (FRA) Castrol Honda LCR, +9.346s

  11. Fermin Aldeguer (SPA) Gresini Ducati, +10.067s

  12. Jack Miller (AUS) Pramac Yamaha, +11.148s

  13. Enea Bastianini (ITA) Red Bull KTM Tech3, +11.911s

  14. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo, +11.957s

  15. Alex Rins (SPA) Monster Yamaha, +14.264s

  16. Nicolo Bulega (ITA) Ducati Lenovo, +14.951s

  17. Miguel Oliveira (POR) Pramac Yamaha, +15.597s

  18. Maverick Viñales (SPA) Red Bull KTM Tech3, +16.699s

  19. Aleix Espargaro (SPA) Honda HRC Test Team, +16.885s

  20. Augusto Fernandez (SPA) Yamaha Factory Racing, +18.846s

  21. Somkiat Chantra (THA) Idemitsu Honda LCR, +23.028s

  22. Jorge Martin (SPA) Aprilia Racing, +23.655s

Luca Marini (ITA) Honda HRC Castrol, DNF

Joan Mir (SPA) Honda HRC Castrol, DNF