PERLUMBAAN Superpole Di Assen Milik Toprak Razgatlioglu

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

4/13/20252 min read

PELUMBA Turki, Toprak Razgatlioglu menjuarai Perlumbaan Superpole WorldSBK di Assen, Belanda yang berlangsung dalam keadaan litar basah, hari ini.

Pemenang Perlumbaan 1, semalam, Nicolo Bulega berjaya mendahului di awal perlumbaan tetapi pelumba Aruba.it Racing Ducati itu berjaya dipintas Razgatlioglu seawal pusingan kedua.

Dan selepas mencipta jurang sekitar empat saat, pelumba pasukan ROKit BMW Motorrad itu tampak tidak mampu lagi dicabar dengan Bulega terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal susulan masalah jentera.

Masalah yang dihadapi oleh Bulega menyaksikan pelumba yang memulakan perlumbaan di petak utama, Sam Lowes dari pasukan Marc VDS Racing Ducati ke tangga kedua.

Sekali pun pelumba Britain itu berjaya menyamai kelajuan Razgatlioglu, jurang yang terlalu besar menyaksikan dia terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

Rakan sepasukan Bulega, Alvaro Bautista melengkapkan kedudukan podium dan melepasi garisan penamat tiga saat di belakang Lowes.

Pada Perlumbaan 1, Bautista dan Lowes berdepan malang apabila kedua-duanya terjatuh ketika sedang bersaing bagi merebut kedudukan podium berikutan kesilapan Bautista.

Pelumba Yamaha, Andrea Locatelli dalam pada itu menang dalam perebutan tempat ke-4 dengan pelumba tuan rumah, Michael van der Mark.

Bekas pelumba BMW Motorrad, Scott Redding dalam pada itu menang dalam pertarungan tempat ke-6 bersama pelumba pasukan GYTR GRT Yamaha, Remy Gardner.

Ia diikuti juara dunia WorldSSP musim lalu, Yari Montella (Barni Spark Racing) dan pelumba PETRONAS MIE Racing Honda, Tarran Mackenzie melengkapkan posisi di kedudukan mata selepas menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-9.

Sementara itu, pelumba negara, Mohd Zaqhwan Zaidi yang juga rakan sepasukan Mackenzie melepasi garisan penamat di kedudukan ke-19.

Keputusan Perlumbaan Superpole WorldSBK Assen, Belanda 2025

  1. Toprak Razgatlioglu (TUR) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, 17'32.242s

  2. Sam Lowes (GBR) Marc VDS Racing, Ducati Panigale V4 R, +3.798s

  3. Alvaro Bautista (ESP) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, +6.865s

  4. Andrea Locatelli (ITA) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +9.907s

  5. Michael van der Mark (NED) ROKiT BMW Motorrad, BMW M1000 RR, +10.147s

  6. Scott Redding (GBR) MGM Bonovo, Ducati Panigale V4 R, +11.621s

  7. Remy Gardner (AUS) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +12.093

  8. Yari Montella (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +13.099s

  9. Tarran Mackenzie (GBR) Petronas MIE Racing, Honda CBR1000RR-R, +14.860s

  10. Ryan Vickers (GBR) Motocorsa Racing, Ducati Panigale V4 R, +16.834s

  11. Axel Bassani (ITA) Bimota by Kawasaki Racing, Bimota KB998, +16.836s

  12. Alex Lowes (GBR) Bimota by Kawasaki Racing, Bimota KB998, +17.059s

  13. Danilo Petrucci (ITA) Barni Spark Racing, Ducati Panigale V4 R, +24.164s

  14. Iker Lecuona (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, +29.765s

  15. Jason O'Halloran (AUS) Pata Maxus Yamaha, Yamaha R1, +30.203s

  16. Garrett Gerloff (USA) Kawasaki WorldSBK, Kawasaki ZX-10RR, +32.048s

  17. Dominique Aegerter (SUI) GYTR GRT Yamaha, Yamaha R1, +35.812s

  18. Bahattin Sofuoglu (TUR) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, +50.329s

  19. Zaqhwan Zaidi (MAS) Petronas MIE Racing, Honda CBR1000RR-R, +57.519s

Nicolo Bulega (ITA) Aruba.it Racing Ducati, Ducati Panigale V4 R, DNF

Andrea Iannone (ITA) Team Go Eleven, Ducati Panigale V4 R, DNF

Xavi Vierge (ESP) Team HRC, Honda CBR1000RR-R, DNF

Tito Rabat (ESP) Motoxracing Yamaha, Yamaha R1, DNF