PESCAO Guna No.10 Di WSBK Portimao

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

7/31/20241 min read

JDT Racing Team mengesahkan pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah akan mengunakan nombor 10 ketika beraksi bersama tiket 'Wildcard' di perlumbaan WorldSBK Pusingan 7 Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2024 di Portimao, Portugal yang dijadual pada 9 hingga 11 Ogos depan.

Perkembangan menarik itu diumumkan oleh pasukan itu menerusi laman media sosial rasminya, semalam.

Menurut JDT Racing Team, alasan penggunaan nombor 10 adalah ia nombor urutan bagi Aphabet 'J'.

Begitupun, ia pastinya mempunyai kaitan dengan pemain bola sepak legenda Argentina yang menggunakan jersi bernombor 10 iaitu Diego Maradona yang gambarnya turut disertakan dalam hantaran poster berkenaan.

Seperti diketahui, Hafizh yang musim ini beralih angin daripada kempen WorldSBK kepada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) dan menggunakan nombor tradisinya 55 dalam aksi di pentas Asia itu.

Ketika beraksi bersama pasukan Petronas MIE Racing Honda di WorldSBK musim lalu, Hafizh menggunakan nombor 35.

Ini berikutan nombor 55 sudah pun digunakan oleh pelumba Pata Yamaha Prometeon WorldSBK, Andrea Locatelli, situasi yang sama pada tahun ini.

Di Portimao nanti, Hafizh akan menggunakan jentera Ducati Panigale V4R yang mempunyai spesfikasi sama seperti digunakan oleh pelumba pasukan 'kilang' Ducati di WorldSBK, Alvaro Bautista di Aruba.it Ducati.

Selain itu, JDT Racing Team akan menerima sokonga teknikal daripada Ducati Factory dan lebih menarik menggunakan ‘liveri’ JDT pada perlumbaan berkenaan.