PETAK Ke-12 GP Portugal Buat Hakim Danish

Hakim Danish Ramli bakal memulakan perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Portugal dari barisan ke-4 selepas menamatkan sesi Kelayakan 2 (Q2) dengan catatan ke-12 terpantas di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao, esok

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

11/21/20261 min read

PELUMBA muda negara, Hakim Danish Ramli bakal memulakan perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Portugal dari barisan ke-4 selepas menamatkan sesi Kelayakan 2 (Q2) dengan catatan ke-12 terpantas di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao, esok.

Berlumba bersama pasukan Aeon Credit MT Helmets-MSI, pelumba 'rookie' itu mencatatkan masa 1 minit 46.680 saat pada sesi Q2, yang menyaksikannya ketinggalan 1.028 saat di belakang pemenang petak utama.

Sesi kelayakan itu berlangsung dalam keadaan yang cukup mencabar buat kesemua pelumba susulan ancaman hujan yang mula berlegar di ruang udara litar lumba ikonik di Portugal itu.

Petak utama perlumbaan menjadi milik pelumba pasukan Liqui Moly Dynavolt Intact GP, David Almansa yang mempamerkan tunggangan bertenaga dengan catatan terpantas 1:45.652s.

Melengkapkan barisan hadapan adalah pelumba Red Bull KTM Ajo, Brian Uriarte yang mencatatkan masa ke-2 terpantas dengan perbezaan +0.462s, manakala rakan sepasukan Almansa, David Munoz di petak ketiga (+0.580s).