PETAK Ke-16 Ke P4, Air Mata Jorge Martin Jatuh Di Balaton Park

Jorge Martin terpaksa mengharungi tempoh rehat panjang susulan pelbagai siri kecederaan yang dihadapinya sebelum kempen musim ini bermula dan kembali secara rasmi pada pusingan ke-12 di Rep. Czech mengikuti minggu 'bencana' di GP Qatar

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

8/25/20251 min read

JORGE Martin mengharungi perlumbaan yang mengujakan di Grand Prix (GP) Hungary 2025 apabila melepasi garisan penamat di tempat ke-4, keputusan terbaik yang diperolehnya pada musim ini.

Lebih menakjubkan, keputusan itu diperoleh pelumba Aprilia Racing yang juga penyandang juara dunia MotoGP itu sekalipun memulakan perlumbaan di petak ke-16 dan mengakui masih dalam proses menyesuaikan dengan dirinya.

Seperti diketahui, Martin terpaksa mengharungi tempoh rehat panjang susulan pelbagai siri kecederaan yang dihadapinya dan hanya memulakan kempenya pada pusingan ke-12 di Rep. Czech selain minggu bencana di Qatar.

"Perasaan saya bagus," kata Martin. "Saya rasa menakjubkan. Saya masih merasa seperti saya masih lagi belajar dengan jentera ini.

"Setiap pusingan saya rasa lebih dan lebih selesa. Malah di grid permulaan saya masih membuat perubahan di bahagian bar hendal. Jadi saya masih dalam proses. Apapun, bermula di petak ke-16 bukan mudah untuk memintas banyak pelumba ketika perlumbaan.

"Jadi pada satu ketika saya melihat Marco semakin hampir dan saya mencubanya.

"Tetapi ia terlalu berisiko, jadi saya berfikir, lebih baik menamatkan perlumbaan di tempat ke-4 berbanding di atas litar. Lebih banyak pusingan, lebih banyak pengalaman, dan kami akan meneruskannya."

Martin berkata dia tidak memberi tumpuan kepada posisi ketika ini.

"Sudah tentu, ia adalah perlumbaan yang bagus, banyak yang saya belajar. Saya masih perlu memahami jentera ini dari sudut kelayakan. Juga pada perlumbaan. Tetapi kami melakukan langkah yang betul, jadi kami akan teruskan seperti ini."