PETAK Utama GP Belanda 2024 Milik Pecco, Martin Kedua
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
6/29/20242 min read


FRANCESCO Bagnaia membuktikan fokusnya tidak terganggu dengan segala 'drama' di grid MotoGP ketika ini selepas merangkul petak utama Grand Prix (GP) Belanda di Assen, hari ini.
Lebih menarik, catatan terpantas yang dilakukan pelumba pasukan Ducati Lenovo itu 1 minit 30.540 saat memadam rekod terpantas yang dibuatnya pada musim lalu.
Begitupun, pelumba kelahiran Itali itu dijangka akan terus diberikan saingan sengit terutama daripada pelumba Pramac Ducati, Jorge Martin yang menamatkan sesi kelayakan sebagai pelumba kedua terpantas.
Dan pelumba yang sudah meletakkan 'surat peletakan jawatannya' di Ducati berakhir kempen MotoGP musim ini itu untuk menyertai Aprilia hanya kurang 0.081 saat daripada catatan Pecco.
Melengkapkan barisan depan di Assen adalah juara GP Amerika Syarikat, Maverick Vinales daripada Aprilia.
Sementera itu, detik sukar juara dunia lapan kali, Marc Marquez ketika kempen kelayakan berterusan apabila mengalami kemalangan dengan catatan terbaiknya hanya meletakkannya di petak ke-7.
Adik kepada Marquez, Alex Marquez dalam pada itu tampil dengan prestasi terpuji apabila muncul pelumba terbaik Ducati GP23 untuk memulakan perlumbaan di petak keempat.
Ia diikuti seorang lagi pelumba Aprilia, Aleix Espargaro manakala pelumba VR46 Ducati, Fabio di Giannantonio keenam.
Pelumba 'Rookie' sensasi KTM, Pedro Acosta dalam pada itu turut mengalami kemalangan pada pusingan terakhirnya dan melengkapkan kedudukan di petak ke-10.
Pelumba terbaik daripada pengeluar Jepun terus diisi Fabio Quartararo dari Yamaha yang akan memulakan aksi di petak ke-13.
Lebih mengecewakan buat Honda, pelumba terbaiknya akan memulakan perlumbaan di petak ke-19 menerusi Johann Zarco daripada pasukan satelit LCR Honda.
Berikut adalah kedudukan petak perlumbaan GP Belanda 2024
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP24) 1'30.540s
Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP24) +0.081s
Maverick Vinales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24) +0.411s
Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23) +0.439s
Aleix Espargaro (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24) +0.537s
Fabio Di Giannantonio (ITA) VR46 Ducati (GP23) +0.734s
Marc Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23) +0.838s
Franco Morbidelli (ITA) Pramac Ducati (GP24) +0.865s
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16) +0.939s
Pedro Acosta (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16)* +0.942s
Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP24) +1.088s
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP23) +1.388s
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1) 1'31.62s
Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16) 1'31.903s
Marco Bezzecchi (ITA) VR46 Ducati (GP23) 1'31.997s
Alex Rins (SPA) Monster Yamaha (YZR-M1) 1'32.108s
Miguel Oliveira (POR) Trackhouse Aprilia (RS-GP24) 1'32.123s
Lorenzo Savadori (ITA) Aprilia Racing (RS-GP24) 1'32.243s
Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V) 1'32.26s
Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V) 1'32.497s
Luca Marini (ITA) Repsol Honda (RC213V) 1'32.627s
Augusto Fernandez (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16) 1'32.669s
Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V) 1'33.03s
