PETAK Utama GP Jerman 2024 Milik Jorge Martin, Duo Trackhouse Aprilia Lengkap Barisan Depan
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
7/6/20242 min read


PELUMBA sensasi Pramac Ducati, Jorge Martin merangkul petak utama keempatnya pada musim ini selepas mengungguli sesi kelayakan Grand Prix Jerman 2024 di Sachsenring, hari ini.
Ketika kelibat Martin di petak utama tidak begitu mengejutkan dan dilakukan dengan memecahkan rekod terpantas di Sachsenring , dua lagi posisi barisan depan menjadi milik dua pelumba pasukan satelit Aprilia, Trackhouse ,Miguel Oliveira dan Raul Fernandez.
Mengetuai barisan kedua adalah penyandang juara dunia dari Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia.
Ia diikuti pelumba Gresini Ducati, Alex Marquez yang menamatkan sesi kelayakan sebagai pelumba Ducati GP23 terbaik dengan rakan sepasukan Martin, Franco Morbidelli melengkapkan barisan kedua.
Sementara itu, pelumba yang boleh dianggap 'pakar' di Sachsenring dan pernah menang 11 kali di gelanggang berkenaan Marc Marquez sekali lagi terpaksa memulakan perlumbaan di barisan belakang.
Seperti dijangka, pelumba yang bergelut dengan kecederaan itu tidak melepasi Kelayakan 2 dan akan memulakan perlumbaan di petak ke-13.
Pelumba Aprilia, Maverick Vinales yang 'mengganas' semalam dengan memecahkan rekod sepusingan terpantas akan memulakan perlumbaan di petak ke-7 selepas turut berdepan kemalangan.
Pelumba yang turut mengalami kemalangan, semalam Fabio Di Giannantoni dari VR46 Ducati menamatkan sesi kelayakan dengan catatan ke-8 terpantas diikuti seorang lagi pelumba Ducati Lenovo, Enea Bastianini ke-9.
Kem KTM sekali lagi dilihat bergelut dengan prestasi apabila pelumba terbaik pengeluar Austria itu sekadar melakukan catatan ke-10 terbaik menerusi pelumba 'Rookie' Pedro Acosta.
Sementara itu, pelumba terbaik Yamaha disumbangkan Fabio Quartararo di petak ke-14 manakala pelumba terbaik Honda dilakukan oleh Takaaki Nakagami di petak ke-17.
Kedudukan petak perlumbaan GP Jerman 2024
Jorge Martin (SPA) Pramac Ducati (GP24)
Miguel Oliveira (POR) Trackhouse Aprilia (RS-GP24)
Raul Fernandez (SPA) Trackhouse Aprilia (RS-GP23)
Francesco Bagnaia (ITA) Ducati Lenovo (GP24)
Alex Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23)
Franco Morbidelli (ITA) Pramac Ducati (GP24)
Maverick Vinales (SPA) Aprilia Racing (RS-GP24)
Fabio Di Giannantonio (ITA) VR46 Ducati (GP23)
Enea Bastianini (ITA) Ducati Lenovo (GP24)
Pedro Acosta (SPA) Red Bull GASGAS Tech3 (RC16)
Brad Binder (RSA) Red Bull KTM (RC16)
Marco Bezzecchi (ITA) VR46 Ducati (GP23)
Marc Marquez (SPA) Gresini Ducati (GP23)
Fabio Quartararo (FRA) Monster Yamaha (YZR-M1)
Augusto Fernandez (SPA) Red Bull GASGAS Tech3
Jack Miller (AUS) Red Bull KTM (RC16)
Takaaki Nakagami (JPN) LCR Honda (RC213V)
Luca Marini (ITA) Repsol Honda (RC213V)
Johann Zarco (FRA) LCR Honda (RC213V)
Joan Mir (SPA) Repsol Honda (RC213V)
Stefan Bradl (GER) HRC Test Team (RC213V)
Remy Gardner (AUS) Monster Yamaha (YZR-M1)
