PETRONAS Sprinta Lancar FD900HD, Khas Untuk Enjin V-Twin!
Perkembangan menarik buat pengguna motosikal dengan enjin V-Twin apabila PETRONAS Sprinta melancarkan minyak pelincir terbaharunya yang khusus PETRONAS Sprinta FD900HD
TERKINI
7/29/20251 min read


PETRONAS Sprinta terus mengembangkan penawaran dengan melancarkan satu produk baru PETRONAS Sprinta F900HD, minyak pelincir berteknologi yang dikhusus untuk enjin berkonfigurasi V-Twin, baru-baru ini.
Sebelum menjalani proses produksi, PETRONAS Sprinta F900HD sudah pun menjalani proses yang ketat di pusat penyelidikan PETRONAS di Turin, Itali di mana semua minyak pelincir dari syarikat itu diformulasi.
Dengan menggunakan teknologi UltraFlexTM, kelebihan utama PETRONAS Sprinta F900HD bukan saja memberi pelindungan, tetapi turut memberikan kestabilan enjin di waktu tekanan dan haba yang tinggi.
Dirumus dengan Ester+ dan polyalphaolefin (PAO) dan turut memenuhi piawaian antarabangsa JASO MA2 dan API SN, dua varian kelikatan diperkenalkan iaitu FD900HD 10w 60 dan FD900HD 20w 50.
Selain itu, bagi menambah keyakinan pengguna PETRONAS Sprinta F900HD juga menepati piawaian SIRIM 58, iaitu pengsijilan terbaru di dalam keaslian atau ketulenan minyak pelincir dari pihak SIRIM Malaysia.
Menurut syarikat itu, PETRONAS Sprinta FD900HD amat sesuai dengan jentera Kruiser, touring dan enduro malah sekumpulan 5 jentera Harley-Davidson dari pengguna juga di uji di jalanan melebihi jarak lebih 5,000 km.
Harga yang diumumkan adalah seperti berikut:
PETRONAS Sprinta FD900HD 10w 60 - RM 97
PETRONAS Sprinta FD900HD 10w 60 20w 50 - RM 93
Produk ini bakal memasuki pasaran melalui bengkel-bengkel tertentu PETRONAS dan khususnya bengkel selepas jualan Harley-Davidson serta yang mengkhususkan enjin V-Twin.








