PETRONAS Sprinta Lancar Scooter Extreme +Ester 5W-40, Perlindungan, Prestasi Maksimum!

PETRONAS Sprinta Scooter Extreme +Ester 5W-40 adalah minyak enjin sintetik penuh yang dirumus dengan teknologi +Ester untuk memberikan perlindungan maksimum dan prestasi tunggangan yang lebih lancar

PELANCARAN

5/8/20261 min read

PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) melalui PETRONAS Sprinta memperkenalkan inovasi terbaharu dalam rangkaian minyak enjin khusus untuk skuter - PETRONAS Sprinta Scooter Extreme +Ester 5W-40.

Seperti namanya, PETRONAS Sprinta Scooter Extreme +Ester 5W-40 adalah minyak enjin sintetik penuh ini dirumus dengan teknologi +Ester untuk memberikan perlindungan maksimum dan prestasi tunggangan yang lebih lancar.

Apa yang menarik, pelancaran produk berprestasi tinggi ini berlangsung di International Scooterian Mega Gathering 4.0, perhimpunan terbesar komuniti skuter tanah air yang diadakan di Dataran Shahbandar, Terengganu.

Direka khas untuk memenuhi tuntutan penunggang skuter moden, Sprinta Scooter Extreme +Ester 5W-40 menawarkan prestasi konsisten dalam pelbagai keadaan - sama ada trafik bandar yang sesak, suhu operasi tinggi, atau tekanan melampau ketika tunggangan agresif.

Menurut PETRONAS Sprinta, minyak enjin ini hadir dengan Teknologi UltraFlex™ yang digabungkan dengan formulasi +Ester, memberikan kestabilan ricihan unggul serta kelancaran tunggangan segera.

Kelebihan Utama

  • Cold Start Protection: Aliran minyak pantas ketika enjin dihidupkan, mengekalkan kecekapan pelinciran pada suhu ekstrem.

  • Kestabilan UltraFlex™: Melindungi enjin daripada deposit dan penebalan minyak, memanjangkan jangka hayat walaupun dalam kondisi “start-stop” agresif.

  • Lapisan Perlindungan Magnetik: Teknologi Ester mengurangkan geseran drastik, memastikan pecutan lebih responsif dan komponen enjin terlindung daripada haus.

  • Standard Global: Memenuhi piawaian industri tertinggi, sesuai untuk skuter harian mahupun maxi-scooter berkuasa tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif PLMM, Zameer Zahur Hussain berkata:

"Penunggang skuter hari ini bukan sekadar mahukan pengangkutan, tetapi pengalaman tunggangan yang lancar dan berkuasa. Dengan PETRONAS Sprinta Scooter Extreme +Ester, kami membawakan teknologi perlindungan enjin terbaik, pengurangan haba, dan keyakinan dalam setiap perjalanan."