PEUGEOT Motocycles Rasmi Di Malaysia, 3 Model Jadi Taruhan!
Persaingan dalam segmen skuter di Malaysia terus hangat apabila pengeluar terkemuka Eropah, Peugeot Motocycles secara rasmi 'mendarat' di pasaran tempatan dan turut membawa model premium, Peugeot XP400
PELANCARAN
5/6/20261 min read


PASARAN dalam segmen skuter di Malaysia terus hangat apabila pengeluar terkemuka Eropah, Peugeot Motocycles secara rasmi 'menjejakkan' kaki ke pasaran tempatan.
Bersama pelancaran itu, jenama yang sinonim dengan skuter itu menawarkan tiga model yang merangkumi tiga segmen pengguna berbeza iaitu skuter kembara Peugeot XP400, skuter gaya retro Django 150 (dua varian), dan skuter sporty Speedfight 4+ (2026).
Berikut adalah perinciannya:
Peugeot XP400 (2026)
Bergaya 'Adventure Touring'
Harga: RM 43,990 (asas)
Unit import sepenuhnya (CBU)
Enjin: PowerMotion 400 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Fi, Euro 5, Transmisi Auto CVT.
Kuasa 36.7 Hp pada 8,150 rpm, tork 38.1 Nm pada 5,400 rpm
Brek cakera kembar 295 mm (depan), cakera tunggal 240 mm (belakang) lengkap ABS 2 Saluran
Tangki bahan api 13.5 liter
Tinggi pelana 815 mm
Panel meter gabungan TFT-LCD dan analog dengan ciri sambungan Bluetooth I-Connect
Set roda 110/70-17 (depan), 160/60-15 (belakang) dengan rim jenis 'lidi'
Suspensi depan fork USD dan mono (belakang)
Jarak lega bumi 140 mm
Berat 231 kilogram (kg)
Peugeot Django 150 (2026)
Diposisi dalam segmen gaya hidup, retro
2 varian - Classic - RM 14,990, Cafe Racer - RM 16,990 (asas)
Unit Pemasangan Tempatan (CKD)
Kedua-dua varian ini dikuasakan enjin 150 cc, 1 Silinder, 4 Injap, Suntikan Bahan Api, Fi dengan transmisi Auto CVT.
Kuasa 14.5 Hp pada 7,500 rpm, tork 13.8 Nm pada 5,500 rpm
Brek cakera hidraulik tunggal depan/belakang lengkap ABS dwi-saluran
Ada ruang simpanan bawah pelana yang luas untuk memuatkan topi keledar penuh
Tinggi pelana 780 mm
Peugeot Speedfight 4+ (2026)
Skuter aras mula dengan konsep 'Sporty'
Harga: RM 9,990 (asas)
Unit Pemasangan Tempatan (CKD)
Enjin SmartMotion 150 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api dengan transmisi auto CVT.
Kuasa 12.5 Hp, tork 13.2 Nm
Tangki bahan api 7.4 liter, tinggi pelana 800 mm, brek cakera depan/belakang lengkap ABS dwi-saluran
Berat 125 kg
Seperti biasa, harga yang diumumkan tidak termasuk yuran pendaftaran, cukai jalan dan insuran.









