PILIHAN Warna Baharu Yamaha Y15ZR (2024) Di Malaysia, Harga Asas Kekal RM 8.9k!

TERKINI

5/2/20241 min read

YAMAHA Motor Malaysia terus mengemaskini penawaran kapcai 'super' popularnya, Yamaha Y15ZR (2024) yang lebih dikenali 'YSuku' menerusi pengenalan pilihan warna baharu, hari ini.

Pilihan warna yang digandingkan bersama corak grafik baharu itu adalah Grey, Blue dan Cyan.

Untuk pilihan warna Grey, ia turut dipadankan dengan rim 'sukan' berwarna Merah.

Dan apa yang menarik, Harga yang diumumkan oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) kekal sama seperti tahun lalu iaitu RM 8,998 (asas), tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insuran.

Kepada yang masih ingat, HLYM pada Ogos tahun lalu memperkenalkan edisi estimwa Yamaha Y15ZR SE yang datang dengan pakej 'kit aero' dan dijual pada Harga RM 9,498 (asas).

Berbalik kepada Yamaha Y15ZR (2024), tiada perubahan dari sudut rekaan asas serta mekanikal yang menyaksikan ia kekal dengan padadan enjin bersesaran 150 cc, 1 Silinder, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, SOHC.

Digandingkan dengan transmisi 5 kelajuan klac manual, kuasa yang dihamburkan adalah 11.6 kW pada 8,500 rpm dan tork 14.4 Nm pada 6,500 rpm.

Kepada yang berminat, Yamaha Y15ZR (2024) sudah pun berada di cawangan pengedar sah HLYM ketika ini.

Seperti biasa, setiap pembelian turut berpeluang menerima kunci cakera keselamatan eksklusif Yamaha bernilai RM 100.