PIT Beirer Label 'Race Direction' MotoGP Di COTA Tak Profesional
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
4/4/20251 min read


BOS KTM Motorsport, Pit Beirer jelas tidak gembira dengan keputusan yang diambil 'Race direction' yang menangguhkan permulaan perlumbaan Grand Prix Amerika Syarikat 2025 sambil melabel mereka tidak profesional.
Selain meletakkan label 'keras' itu, Beirer turut menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang malang.
Pada perlumbaan di Austin, hampir kesemua pelumba di grid permulaan menggunakan tayar jenis basah melainkan tiga pelumba susulan hujan yang turut sebelum perlumbaan bermula.
Begitupun, pelumba yang memulakan perlumbaan di petak utama, Marc Marquez mencipta 'kekecohan' beberapa saat sebelum ia ditutup untuk sesi pemanas badan apabila bertindak berlari mendapatkan jentera baharu di paddock pasukannya yang menggunakan tayar jenis kering.
Di bawah peraturan sedia ada, jika lebih daripada 10 pelumba meninggalkan grid, permulaan terpaksa dimulakan semula dengan Marquez mendedahkan tahu sekurang-kurangnya 10 pelumba akan mengikutinya.
Dan sekalipun tidak diketahui dengan jelas sama ada 10 pelumba atau kurang meninggalkan grid, 'Race direction' membuat keputusan untuk menangguhkan pusingan atas sebab keselamatan.
"Tidak dapat disangkal apa yang dilakukan oleh pegawai (perlumbaan) pada Ahad adalah sebagai malang dan tidak profesional," kata Beirer kepada Speedweek ketika ditemui selepas GP Amerika Syarikat.
"Tindakan mereka berbeza daipada peraturan yang ditetapkan. Situasi yang kami hadapi jelas berada dalam peraturan itu.
"Jika enam pelumba meninggalkan grid permulaan, ia jelas, kesemua sembilan pelumba ini akan memulakan perlumbaan di hentian pit dan menerima penalti 'ride-through', ia adalah peraturannya."
