PODIUM Fabio di Giannantonio Di GP Valencia 2023 Kena Tarik, KTM Isi Podium Terakhir!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

11/27/20231 min read

PELUMBA Itali, Fabio di Giannantonio 'hilang' statusnya sebagai naib juara MotoGP Grnad Prix (GP) Valencia 2023 selepas dikenakan hukuman penalti atas kesalahan pelanggaran peraturan tekanan tayar.

Pelumba pasukan Gresini Ducati itu tampil dengan persembahan menakjubkan dengan melakukan 'serangan' ke atas Johann Zarco dan Francesco Bagnaia di penghujung perlumbaan.

Susulan tindakannya, Di Giannantonio berjaya memintas Zarco namun usahanya untuk memenangi perlumbaan tak menjadi kenyataan.

Dan sekalipun diraikan sebagai naib juara di pentas podium di Ricardo Tormo, kejayaan itu ditarik semula oleh MotoGP susulan penalti 3 saat yang dikenakan kepadanya.

Hukuman itu menyaksikan Di Giannantonio diturunkan pangkat ke kedudukan ke-4 dengan Zarco dinobat sebagai naib juara dan pelumba KTM, Brad Binder dinobat sebagai pemenang podium terakhir.

Di Giannantonio pada Perlumbaan Sprint menerima Amaran Rasmi pertama atas kesalahan tekanan tayar rendah (angin). Dan dia melakukan kesalahan sama sekali lagi, semalam.

Menurut peraturan, tekanan tayar Di Giannantonio berada di bawah tahap dibenarkan iaitu 50 peratus ketika perlumbaan utama.

Binder turut melakukan kesalahan sama tetapi ia adalah Amaran Pertama yang menyaksikan pelumba Afrika Selatan itu hanya menerima amaran.

Bermula musim depan, setiap pelanggaran tahap tekanan tayar akan berdepan hukuman hilang kelayakan.

GP Valencia adalah perlumbaan terakhir Di Giannantonio untuk Gresini Ducati. Begitupun, dia dijangka akan menyertai pasukan yang ditinggalkan Luca Marini yang berhijrah ke Repsol Honda, VR46 Ducati musim depan.