PRAMAC Yamaha Pasukan Pertama Tayang Liveri MotoGP 2026
Pasukan Pramac Yamaha yang sebelum ini pasukan satelit Ducati pada musim lalu menayangkan jentera dan liveri baharu musim 2025 di Kuala Lumpur bersama pasukan 'kilang' Monster Yamaha
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
1/13/20261 min read


PASUKAN satelit Yamaha, Pramac Yamaha muncul pasukan pertama memperkenalkan liveri baharu bagi kempen MotoGP 2026 dalam satu acara di Itali.
Seperti diketahui, bekas pasukan satelit Ducati itu pada musim lalu menayangkan jentera dan liveri baharu di Kuala Lumpur bersama pasukan 'kilang' Monster Yamaha.
Bagi musim 2026, pasukan itu sekali lagi tampil dengan kemasan warna biru dan ungu, hasil kesinambungan daripada rekaan 2025 selepas menandatangani kerjasama bersama jenama Alpine di bawah Kumpulan Renault.
Majlis pelancaran berlangsung di Accademia Musicale Chigiana, Siena, Itali dengan kehadiran dua pelumba utama - bintang baharu Toprak Razgatlioglu dan pelumba berpengalaman Jack Miller.
Juara dunia tiga kali WorldSBK, Razgatlioglu yang membuat penampilan sulung di MotoGP musim ini akan menggunakan nombor perlumbaan 7 selepas nombor kegemarannya, 54 digunakan oleh pelumba Gresini Ducati, Fermin Aldeguer.
Sebagai 'rookie', Razgatlioglu layak menyertai ujian shakedown di Litar Antarabangsa Sepang pada 29-31 Januari bersama pelumba ujian Yamaha, Augusto Fernandez. Miller pula hanya akan turun buat pertama kali pada ujian rasmi penuh di Sepang pada 3-5 Februari.
Musim 2026 turut menandakan perubahan besar buat Yamaha apabila memperkenalkan jentera Yamaha M1 V4 yang sekali gus menamatkan penggunaan enjin berkonfigurasi 4 silinder sebaris yang sudah lama menjadi identiti mereka.

