PRESTASI Baik Fabio Quartararo Di Barcelona Bikin Yamaha 'Pening'
Yamaha dijadual menjalani ujian terhadap enjin dengan konfigurasi V4 di Barcelona selepas GP Catalan yang membabitkan tiga pelumba utamanya, Fabio Quartararo, Alex Rins dan Jack Miller
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
9/8/20251 min read


YAMAHA menerusi pelumba bintangnya, Fabio Quartararo memperoleh keputusan yang boleh dianggap baik di Grand Prix (GP) Calatan 2025 namun sedikit pelik, situasi itu mencetus 'pening' pengeluar Jepun itu.
Selepas mengharungi beberapa siri kekecewaan, Yamaha kembali menampilkan kebangkitan apabila Quartararo merangkul tempat kedua pada Perlumbaan Sprint dan kedudukan ke-5 pada perlumbaan utama atau GP.
Tiba di Litar Catalunya dengan masih dihantui masalah cengkaman seperti di Austria dan Hungary, juara dunia MotoGP 2021 itu mengakui pengeluar itu seperti tidak mempunyai jawapan mereka mampu memberikan cabaran.
"Ya, gembira," kata Quartararo. "Malangnya pada awalnya kami tahu yang cengkaman akan rendah dan kami akan bergelut. Tetapi kami tetap positif dan cuba melihat sama ada ia benar-benar minggu yang positif selepas Hungary dan Austria. Jadi kerja yang hebat pada minggu ini.
"Sebenarnya kami tidak mengerti apa yang sebenarnya berlaku kerana semalam (kelmarin) kami bersaing merebut podium dan hari ini (semalam) kami menamatkan perlumbaan 14 saat di belakang pemenang.
"Jadi kami melihat betapa kritikalnya ia untuk kami mencari tempoh terbaik yang sesuai untuk jentera kami. Dan saya fikir ini adalah detik yang baik untuk kami dan peraturan pertama adalah menjadi laju."
Yamaha juga berjaya meletakkan dua jenteranya di kelompok 10 terbaik pada perlumbaan utama selepas pelumba Pramac Yamaha, Miguel Oliveira menamatkan perlumbaan di tempat ke-9 yang juga keputusan terbaiknya musim ini.
