PROMOSI Bulan Kemerdekaan Ducati Malaysia, Ada Rebat Tunai Hingga RM 8k!

TERKINI

8/28/20231 min read

SEBAGAI meraikan bulan Kemerdekaan, Ducati Malaysia tampil dengan kempen promosi menarik dan mengujakan 'Massive Deals for Merdeka' 2023 yang bermula beberapa hari lepas sehingga 30 September depan.

Menerusi kempen 'Massive Deals for Merdeka' 2023, bakal pembeli motosikal Ducati baharu berpeluang menikmati rebat tunai sehingga RM 8,000.

Tetapi ia hanya membabitkan beberapa model terpilih antaranya Ducati Hypermotard, Ducati Monster dan Ducati DesertX.

Dan untuk memudahkan pemilihan, bakal pembeli juga disarankan oleh Ducati Malaysia untuk menjalani sesi tunggang uji di rangkaian pengedar sahnya iaitu di Ducati PJ, Ducati Welly Sg Buloh, Ducati Kuala Lumpur, Ducati Johor dan Ducati Penang.

Untuk lebih memudahkan, klik pautan ini bit.ly/DucatiTests untuk membuat temujanji.