PUSAT Pameran 3S Skuter Vespa, Aprilia Melaka Dirasmikan, Jom Pergi Klebang!

TERKINI

12/14/20231 min read

PENGEDAR rasmi dan eksklusif jenama Vespa dan Aprilia di Malaysia, Didi Group, baru-baru ini merasmikan Pusat Pameran 3S skuter pertama kedua-dua jenama itu di Melaka.

Pusat Pameran 3S Skuter Vespa, Aprilia yang bertempat di kawasan pelancongan terkenal di Melaka Klebang Besar itu dikendalikan oleh pihak Zen Sport Sdn Bhd,

Seperti pusat 3S yang lain, selain pusat jualan dan pameran barisan model skuter daripada Vespa dan Aprlia yang tersedia di Malaysia, ia turut menawarkan pusat servis, pusat perkhidmatan pelanggan dan tempat untuk pemilik jenama berkenaan berkumpul.

Pengerusi Didi Group, Rewi Hamid Bugo menyifatkan pembukaan Pusat Pameran 3S Skuter Vespa, Aprilia Melaka yang pertama di negeri itu sebagai penanda aras dan pencapaian yang mengagumkan.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih dan mengucapkan tahniah kepada Zen Sports kerana memperkenalkan dan membawa jenama Vespa dan Aprilia di Melaka, yang turut membantu kami mengukuhkan posisi dan meningkatkan kehadiran kami di Malaysia.

"Pembukaan Pusat Pameran 3S Skuter Vespa, Aprilia Melaka Bilik pameran Melaka juga mencerminkan pengukuhan rangkaian pengedaran skuter Vespa dan Aprilia di Malaysia."

Berada di bangunan lot rumah kedai berkaca penuh, Pusat Pameran 3S Skuter Vespa, Aprilia Melaka turut menampilkan identiti pusat pameran Piaggio yang terkenal.

Kepada yang berhasrat untuk mengunjungi Pusat Pameran 3S Skuter Vespa, Aprilia Melaka, lokasinya adalah di Lot 332, Klebang Besar, 75200 Klebang Besar, Melaka.

Sebagai maklumat, Didi Group adalah pengedar dan pengimport tunggal eksklusif jenama Piaggio, Vespa, Aprilia, Moto Guzzi di Malaysia.