QABIL Irfan Azlan Naik Podium Lagi

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

11/2/20241 min read

QABIL Irfan Azlan terus membuktikan kemampuannya apabila sekali lagi menaiki podium pada Perlumbaan 1 Moto4 Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) 2024 di Litar Jerez, Sepanyol, hari ini.

Memulakan perlumbaan di petak utama selepas menguasai sesi kelayakan, pelumba kelahiran Terengganu itu memberikan persaingan sengit malah beberapa kali memimpin perlumbaan sebelum terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Apa yang menarik, kedudukan empat teratas perlumbaan itu hanya dibezakan dengan kurang 1 saat yang membuktikan aksi yang ditayangkan cukup sengit.

Perlumbaan dimenangi oleh pelumba Sepanyol, Enzo Zaragoza dengan catatan 22 minit 33.716 saat (s).

Luca Casadei meraih tempat kedua dan dibezakan hanya 0.188s di belakang Zaragoza diikuti Qabil, +0.225s.

Perlumbaan 2 dan perlumbaan penutup tirai Moto4 ESBK 2024 dijadual berlangsung esok.