QABIL Irfan Bawa Pulang 13 mata Dari Catalunya
Beraksi mewakili pasukan SIC GYRD MLav Racing, Qabil Irfan yang memulakan saingan dari petak ke-8 pantas mencari jalan untuk ke depan pada awal perlumbaan yang berlangsung sebanyal 13 pusingan itu
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
5/24/20261 min read


PELUMBA muda negara, Qabil Irfan Azlan mempamerkan persembahan terpuji untuk membawa pulang 13 mata berharga selepas menamatkan saingan pusingan pembukaan Moto4 European Cup 2026 di Catalunya, Barcelona, Sepanyol di tempat ke-4, hari ini.
Beraksi mewakili pasukan SIC GYRD MLav Racing, Qabil yang memulakan saingan dari petak ke-8 pantas mencari jalan untuk ke depan pada awal perlumbaan yang membabitkan 13 pusingan itu.
Seperti dijangka, perlumbaan yang membabitkan bakat-bakat terbaik dunia itu erlangsung dalam cukup sengit dan mendebarkan sejak dari awal dengan pertukaran kedudukan pendahulu kerap terjadi.
Pada pertengahan perlumbaan berlaku pemecahan kelompok dengan Qabil membuktikan dia berada di kelompk elit untuk berada kelompok utama yang membabitkan 6 pelumba.
Lebih membanggakan, pelumba cilik negara itu berupaya memberikan tentangan sengit secara berterusan malah pada beberapa ketika, dia berjaya memintas seteru lain untuk menduduki posisi podium.
Begitupun, Qabil terpaksa akur menamatkan saingan di kedudukan ke-4 dengan hanya dipisahkan menerusi jurang masa yang sangat tipis iaitu 0.192 saat di belakang pemenang tempat ketiga.
Perlumbaan dimenangi oleh pelumba pasukan CFMOTO Aspar Junior Team, Alvaro Lucas diikuti pelumba Leopard Junior, Edoardo Savino ke-2, manakala Lorenzo Pritelli dari Team Echovit Pasini Racing melengkapkan pentas podium.
Pusingan 2 Moto4 European Cup 2026 dijadual berlangsung di Litar Estoril, Portugal pada 14 Jun depan.

