QABIL Irfan Dapat Hadiah Ohvale 190 cc, Tiket Final Siri Dunia FIM MiniGP 2024
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
2/17/20241 min read


PENGANJUR Siri Dunia FIM MiniGP akhirnya mengumumkan secara rasmi 'habuan' yang diperoleh Qabil Irfan Azlan susulan kejayaannya muncul juara Final Siri Dunia FIM MiniGP 2023 160 cc, tahun lalu.
Menerusi kenyataan penganjur kejuaraan itu, Qabil menerima sebuah motosikal Ohvale 190 cc serba baharu.
Selain itu, pelumba cilik kelahiran Terengganu itu turut menerima undangan eksklusif untuk menyertai Final Siri Dunia FIM MiniGP 2024 dalam kelas 190 cc.
Justeru, Qabil akan tetap akan beraksi di perlumbaan final tanpa mengira kedudukan yang diraihnya pada kempen MiniGP Malaysia tahun ini.
Untuk Qabil, 11 tahun, ia adalah jentera kedua yang diperolehnya selepas turut menerima jentera sama daripada kerajaan negeri Terengganu untuk menjalani latihan sebelum ini.
Turut menerima hadiah sama adalah juara 190 cc, Alvaro Lucas dari Sepanyol.
Sebagai info, jentera Ohvale 190 cc dianggarkan bernilai lebih RM 40k.
Sebelum ini, Kerajaan negeri Terengganu untuk mengumumkan insentif kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM 15,000 kepada Qabil.
Tahun ini, selain MiniGP Malaysia dalam kelas 190 cc, Qabil dijadual beraksi kejohanan ESBK di Sepanyol dan pelumba cilik itu dan keluarganya turut berpindah dari Terengganu ke Selangor.


