QABIL Irfan Gigih Jalani Latihan Di Eropah

Pelumba muda berbakat negara, Qabil Irfan dijadual menghadapi pusingan pembukaan kempen kejuaraan Moto4 European Cup 2026 yang akan membuka tirainya minggu depan

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

5/13/20261 min read

PELUMBA muda berbakat negara, Qabil Irfan Azlan yang ketika ini berada di Eropah sedang giat menjalani sesi latihan dan persiapan rapi menjelang cabaran pusingan pembukaan kejuaraan Moto4 European Cup 2026 yang akan membuka tirainya minggu depan.

Menariknya, persediaan pelumba yang mewakili pasukan MLav Junior Team itu mendapat 'suntikan' pengalaman berharga apabila dia berpeluang menjalani sesi latihan di litar bersama-sama barisan pelumba dari kelas Moto3.

Lebih mencuri tumpuan, kelibat pelumba cilik itu di litar ujian turut menarik perhatian apabila dia dilihat menggunakan jentera bernombor 13, iaitu jentera milik seorang lagi pelumba kebanggaan negara, Hakim Danish Ramli.

Penampilan Qabil di pentas Eropah kali ini pastinya dinantikan peminat sukan permotoran tanah air berikutan reputasi cemerlangnya yang hadir sebagai juara keseluruhan kelas ESBK Talent 2025 pada Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) musim lalu.

Sebagai info, kempen Moto4 European Cup 2026 dijadualkan berlangsung pada 24 Mei ini di Litar Catalunya, Sepanyol.