QABIL Irfan Idam Keputusan Lebih Baik Di Catalunya
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
7/24/20241 min read
QABIL Irfan Azlan cemerlang merangkul podium berganda pada Pusingan 3 perlumbaan Moto4 ESBK 2024 di Estoril, Portugal sebelum ini dan keputusan itu mahu diperbaiki di Catalunya, minggu ini.
Di Portugal, pelumba kelahiran Terengganu itu berjaya mengotakan janjinya untuk menaiki podium selepas menamatkan Perlumbaan 1 di kedudukan ke-3 dan naib juara pada Perlumbaan 2.
Tampak semakin serasi dengan jenteranya, pelumba berusia 12 tahun yang beraksi bersama pasukan Frando VHC Team Liqui Moly turut berharap pengalaman yang dimilikinya di Catalunya dapat dimanfaatkan.
"Saya sudah buat persiapan di Malaysia dengan berlatih bersama pelumba-pelumba Malaysia. Pada sebelum Pusingan 3 di Estoril, saya juga ada buat ujiamn di litar ini.
"Jadi saya harap di Catalunya ni saya dapat habiskan perlumbaan lebih baik dari Estoril," kata Qabil yang turut mengharapkan doa peminatnya untuk merangkul kejayaan di Barcelona.
Selepas tiga pusingan Moto4 berlangsung, Qabil ketika ini menghuni tangga ke-4 carta kedudukan pelumba selepas mengumpul 72 mata. Enzo Zaragoza meminpin carta dengan 136 mata.
Sebagai info, Qabil tiba di Barcelona bersama bapanya Azlan Abd Rahman, semalam.