QABIL Irfan Kemalangan, Sesi FP2 Moto4 EC Dihentikan!

Menurut kenyataan ringkas ZK Racing, Qabil Irfan dikejarkan ke hospital berdekatan litar bagi menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan lanjut

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

9/4/20261 min read

PERKEMBANGAN mendebarkan diperoleh dari Sepanyol apabila pelumba muda negara, Qabil Irfan terbabit dengan kemalangan pada sesi Latihan Bebas 2 (FP2) Kejuaraan Moto4 European Cup (Moto4 EC) 2026 di Litar Ricardo Tormo, Valencia, Sepanyol, hari ini.

Menurut kenyataan ringkas ZK Racing, Qabil dikejarkan ke hospital berdekatan litar bagi menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan lanjut.

Begitupun, belum ada maklumat rasmi mengenai keadaan terkini pelumba berkenaan setakat ini, dengan perkembangan lanjut akan disalurkan pasukan ZK Racing dari semasa ke semasa.

Qabil dari Terengganu kembali ke Eropah bagi menghadapi Pusingan ke-5 Moto4 EC 2026 minggu ini dengan Valencia menjadi antara litar yang baharu buatnya.

Selesai 4 pusingan, Qabil ketika ini menghuni tangga ke-6 dalam carta kejuaraan Moto4 EC 2026 malah pernah berjaya meraih 1 podium (p3) di Jerez.