QABIL Irfan Naib Juara Lagi
Tiada gelaran juara diperoleh pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan yang sekali lagi menamatkan Perlumbaan 2 saingan ESBK Talent Pusingan 3 Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) 2025 di Litar MotorLand Aragon, Sepanyol sebagai naib juara
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
6/29/20251 min read


PELUMBA muda negara, Qabil Irfan Azlan sekali lagi menampilkan persembahan terpuji apabila menamatkan Perlumbaan 2 saingan ESBK Talent Pusingan 3 Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) 2025 di Litar MotorLand Aragon, Sepanyol sebagai naib juara, hari ini.
Dan sekali lagi, hanya kurang 0.01 saat (s) memisahkan pelumba berusia 13 tahun itu depan pemenang yang juga pelumba Switzerland, Alessio Arnold.
Selepas menguasai di awal perlumbaan, pelumba kelahiran Terengganu itu mengendurkan tekanannya di pertengahan perlumbaan sebelum kembali mencabar kedudukan juara di dua pusingan terakhir.
Dan sekali pun melepasi selekoh terakhir sebagai pendahulu, Qabil terpantas berpuas hati apabila sekali lagi dikecewakan di garisan penamat.
Pelumba tuan rumah, Enzo Zaragoza yang menjuarai Perlumbaan 1, semalam menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
Dua kedudukan sebagai naib juara menyaksikan Qabil mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu keseluruhan bagi kelas ESBK Talent selepas tiga pusingan.
Selepas enam perlumbaan dilangsungkan, pelumba program pembangunan bakat SIC Racing itu muncul juara sebanyak tiga kali dan naib juara sebanyak tiga kali.
