QABIL Irfan Naik Podium Di Navarra

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

10/27/20241 min read

PELUMBA muda negara, Qabil Irfan Azlan sekali lagi mencipta kejayaan di Navarra, Sepanyol selepas menamatkan Perlumbaan 2 Moto4 Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) 2024 di posisi podium.

Selepas kecewa semalam, Qabil mencipta kebangkitan apabila melepasi garisan penamat di tempat ketiga.

Memulakan perlumbaan di petak utama, pelumba kelahiran Terengganu itu jatuh pada Perlumbaan 1 sekalipun pada satu ketika berjaya memimpin perlumbaan.

Dan insiden itu menyaksikan pelumba berusia 12 tahun itu terpaksa menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-18.

Pada Perlumbaan 2, Qabil sekali lagi sentiasa bersaing di kelompok depan.

Persaingan sengit sehingga penghujung perlumbaan menyaksikannya melepasi garisan penamat 0.577 saat di belakang pemenang, Enzo Zaragoza dari Sepanyol.

Tempat kedua dimiliki pelumba Perancis, Francois Florian.

Selepas Navarra, pusingan 6 yang juga pusingan penutup musim 2024 dijadual berlangsung hujung minggu ini di Jerez.