QABIL Irfan Pastikan Jalur Gemilang Berkibar Di Sepanyol

Kemalangan yang berlaku pada pusingan terakhir menyaksikan bendera merah dikibarkan dengan Qabil Irfan ketika itu sedang memimpin perlumbaan. Tetapi keputusan rasmi diambil berdasarkan kedudukan pada pusingan ke-12

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

8/31/20251 min read

JALUR Gemilang berkibar di bumi Sepanyol selepas pelumba muda negara, Qabil Irfan Azlan menamatkan Perlumbaan 2 ESBK Talent Pusingan 5 ESBK 2025 di tempat ketiga di Litar Navarra, Sepanyol, hari ini.

Begitupun, keputusan lebih baik jelas boleh diperoleh pelumba berusia 13 tahun itu kerana keputusan di podium diambil berdasarkan kedudukan pada lap ke-12 selepas bendera merah dikibarkan susulan kemalangan yang berlaku di litar berkenaan pada pusingan terakhir.

Keputusan itu menyaksikan Qabil dinobatkan sebagai pemenang tempat ke-3 walaupun pelumba kelahiran Terengganu itu sudah mula mengorak langkah untuk berada di depan.

Bermula di petak ke-4, Qabil yang sentiasa berada di kelompok depan mula melancarkan serangan sehingga berjaya mendahului perlumbaan pada dua lap terakhir.

Perlumbaan dimenangi pelumba Switzerland, Alessio Arnold dengan pelumba Sepanyol, Enzo Zaragoza meraih tempat kedua.

"Saya amat gembira dapat podium tempat ketiga. Jentera amat baik ketika perlumba. Terima kasih kepada semua yang doakan saya.terima kasih penaja, semua dan ini adalah hadiah untuk Malaysia yang menyambut hari kemerdekaan ke-68. Merdeka, merdeka-merdeka," kata Qabil.

Begitupun, Qabil masih mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu keseluruhan ESBK Talent.

Pusingan seterusnya dijadualkan berlangsung pada 13 & 14 September di Estoril, Portugal.