QABIL Irfan Raih Podium Sulung Moto4 Di Portugal
SUKAN PERMOTORAN 2 RODA
7/6/20241 min read


QABIL Irfan Azlan mengotakan janjinya untuk merangkul podium di pentas Moto4 Kejuaraan Superbike Sepanyol (ESBK) 2024 selepas meraih tempat ketiga di Estoril, Portugal.
Tiba di Estoril dengan semangat tinggi, pelumba kelahiran Terengganu itu memperoleh langkah kanan apabila menamatkan sesi kelayakan dengan catatan ke-3 terpantas.
Memulakan perlumbaan di petak ketiga, Qabil Irfan begitupun dipaksa bekerja keras untuk meraih podium yang menyaksikan kedudukan empat terbaik saling bersilih ganti ketika perlumbaan.
Sekalipun pada satu ketika turut berjaya memimpin saingan, perlumbaan akhirnya dimenangi pelumba Sepanyol, Enzo Zaragoza dengan tempat kedua diraih Eric Ruz juga dari Sepanyol.
Qabil Irfan sebelum ini tiba di Eropah lebih awal untuk menjalani ujian di Barcelona, Sepanyol pada minggu lalu sebelum ke Estoril.
Pada aksi Pusingan 2 di Valencia, Sepanyol bulan lalu, Qabil Irfan meraih tempat ke-4 pada Perlumbaan 1 dan ke-7 pada Perlumbaan 2.
Sebagai info, pelumba pembangunan bakat ZK Racing itu beraksi bersama pasuakn VHC Frando Racing menggunakan casis Corse.
