QJ Motor Fortress 350 (2024) Mendarat Di Pasaran Malaysia, RM 23.9k!

PELANCARAN

5/22/20241 min read

QJ Motor Fortress 350 (2024), skuter maxi yang tampil dengan rekaan 'Sporty' dilancarkan di pasaran tempatan sempena Malaysia Autoshow 2024, hari ini bersama harga (asas) yang menarik RM 23,888.

Untuk pasaran Malaysia, pilihan warna ditawarkan adalah dua iaitu Black dan Gold.

Sebagai info, QJ Motor Fortress 350 (2024) menjadi model pertama pengeluar China itu dalam segmen skuter ketika ini.

Mengulas ringkas trenkuasa, skuter berkenaan dipadankan dengan enjin bersesaran 350 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, Sistem Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, SOHC bersama transmisi automatik CVT.

Kuasa yang dihamburkan adalah 33.8 Hp @ 7,500rpm dan tork 35.2 Nm @ 6,000 rpm.

Ciri-ciri menarik adalah seperti penggunaan sistem kunci kad NFC (kunci konvensional turut dikekalkan) dan visor angin dengan tetapan elektrik.

Informasi lain yang juga menarik adalah seperti sistem lampu LED penuh, panel meter TFT berwarna 7 Inci dengan ciri sambungan telefon pintar, TPMS, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran, tinggi pelana 775 mm, berat 195 kg dan kapasiti tangki bahan api 14 liter.

Selain skuter yang didakwa QJ Motor Malaysia boleh 'pergi jauh' itu, turut dilancar dua model yang diposisi dalam segmen 'Adventure Touring' QJ Motor SVT 650X (2024) dan QJ Motor SRV 700 (2024).

Untuk QJ Motor SVT 650X (2024), ia dijual pada harga asas RM 35,888 dan dijual bersama dua pilihan warna Yellow dab Gold.

Manakala untuk QJ Motor SRV 700 (2024), harga jualan yang diumumkan adalah pada harga RM 33,888 (asas) dan datang dengan tiga pilihan warna iaitu Matt Black, Black dan Green.

Sebagai info, syarikat MForce Bike Holdings (MForce) bertindak sebagai pihak yang bertanggungjawab memasang dan mengedarkan produk jenama QJMotor untuk pasaran Malaysia.