QJMotor ATR160 (2024) Tiba Di Filipina, Malaysia Destinasi Berikutnya?

TERKINI

1/16/20241 min read

FILIPINA sekali lagi menjadi antara destinasi terawal pelancaran motosikal buatan China di rantau ini susulan pelancaran skuter bergaya 'Adventure' QJMotor ATR160 (2024), baru-baru ini.

Bersaing terus dengan model hangat seperti Honda ADV160 dan beberapa lagi model dari negara Tembok Besar itu, harga jualan yang diumumkan untuk QJMotor ATR160 (2024) di Filipina adalah PHP 159,900.00 (RM).

Secara keseluruhan, empat pilihan warna ditawarkan untuk skuter berkenaan.

Seperti namanya, QJMotor ATR160 (2024) dipadankan dengan enjin Hybrid bersesaran 160 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, Suntikan Bahan Api, Penyejuk Cecair, SOHC yang digandingkan dengan transmisi automatik CVT.

Kuasa yang dihasilkan adalah setinggi 16 Hp pada 8,500 rpm dan tork 15 Nm pada 6,000 rpm.

Sebagai model yang diharap mampu memberi cabaran kepada Honda, pelbagai ciri-ciri menarik dan model dipadankan kepada QJ Motor ATR160 (2024) antaranya sistem Kawalan Traksi (TCS), sistem 'Idling Stop', Kunci Pintar, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran dan penggunaan panel meter jenis TFT.

Sistem suspensi menggunakan fork jenis terbalik (USD) dan penyerap hentak dengan 'Sub-tank' (Belakang).

Informasi lain yang boleh dianggap penting adalah seperti visor angin boleh laras (manual), rim jenis jejari, kapasiti tangki bahan api sebesar 8 liter, ketinggian pelana 770 mm dan berat 132 kg.

Menurut laporan daripada rakan media Arena Motosikal, pasaran Malaysia tidak akan menerima model QJMotor ATR160 (2024) namun QJ Motor ATR150 dengan pelancarannya dijadual tidak lama lagi.

Begitupun tiada kenyataan rasmi daripada pihak QJ Motor Malaysia atau tarikh pelancaran didedahkan sehingga kini.