QJMotor LTR150 (2024) Kini Rasmi Di Malaysia, Skuter Retro Cilik, Harga Asas 8.9k!
PELANCARAN
2/22/20241 min read
QJMOTOR memperkenalkan masuk penawaran terbaharunya di pasaran Malaysia iaitu skuter bergaya retro klasik QJMotor LTR150 (2024).
Seperti kebanyakan model yang berada di bawah 'bumbung' MForce Bike, harga yang diumumkan untuk QJMotor LTR150 (2024) adalahg RM 8,888 (asas) tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
Lebih menarik, ada empat penawaran warna boleh dipilih mengikuti selera masing-masing iaitu Lime Crème, Sky Blue, Mint Green dan Carnation Pink.
Tiba dengan rekaan retro klasik ala skuter berjenama Itali, QJMotor LTR150 (2024) tampil dengan penggunaan lampu utama dan cermin sisi berbentuk bulat dan lampu belakang separa bulat.
Mengulas trenkuasa, QJMotor LTR150 (2024) dipadankan dengan enjin bersesaran 149 cc, 1 Silinder, 4 Injap, 4 Lejang, SOHC bersama transmisi automatik CVT.
Kuasa yang dijana adalah 12.2 kw pada 8,500 rpm dan tork 14.8 Nm pada 6,500rpm.
Di bahagian brek, skuter ini dipadankan dengan brek cakera depan (190 mm) dan belakang (225 mm) menariknya lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
suspensi teleskopik di hadapan dan belakang dengan penggunaan rim bersaiz 12 inci untuk roda depan dan belakang.
Sebagai model terbaharu, ia turut datang dengan pelbagai ciri moden antaranya panel instrumen digital, sistem lampu LED penuh, lampu kecemasan serta sistem 'Idle stop.'
Informasi lain adalah seperti kapasiti tangki bahan api 6.5 Liter, ruang simpanan bawah pelana yang boleh memuatkan sebuah helmet, port pengecas USB dan penggunaan rim bersaiz 12 inci untuk roda depan dan belakang.
Kepada yang berminat, QJMotor LTR150 (2024) sudah pun berada di kesemua cawangan pengedar sah QJMotor di seluruh Malaysia.
Seperti biasa, setiap pembelian akan menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.