QJMOTOR SRK 250R (2025) Dilancarkan, Sportbike 'Kacak', Asas RM 9,988!
QJMotor SRK 250R (2025) dijana enjin bersesaran 249.2 cc, 1 Silinder, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual
PELANCARAN
8/17/20251 min read


SELANG seminggu selepas pelancaran model 'Naked bike' QJMotor SRK 250S (2025) di Johor, QJMotor Malaysia, hari ini melancarkan penawarannya dalam segmen 'Sportbike' QJMotor SRK 250R (2025) dan turut diumumkan pada harga 'rahmah', asas RM 9,988.
Begitupun, harga menarik itu (tidak termasuk cukai jalan dan insurans) hanya tersedia untuk 1,000 pembeli terawal motosikal berkenaan.
Tiga pilihan warna diperkenalkan iaitu Red Silver, Blue dan Black serta akan mula berada di cawangan pengedar sah MForce Bike di seluruh negara bermula esok.
Dari sudut penampilan, perlu diakui yang QJMotor SRK 250R (2025) tampil dengan rekaan yang cukup menarik, agresif, dan mungkin boleh dikatakan 'tak padan' dengan harga yang diumumkan.
Apa yang lebih menarik, selain rekaan mengujakan, ia memiliki prestasi yang boleh dikatakan baik dalam kelasnya serta pelbagai komponen premium dan berteknologi.
Di bahagian trenkuasa, QJMotor SRK 250R (2025) dijana enjin bersesaran 249.2 cc, 1 Silinder, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.
Kuasa yang dihamburkan adalah 27.5 Hp pada 9,500 rpm dan tork 22.5 Nm pada 7,250 rpm.
Di bahagian ssuspensi, QJMotor SRK 250R (2025) menggunakan fork depan teleskopik jenis terbalik (USD) dan penyerap hentak tunggal (belakang) dengan ciri boleh laras.
Kuasa membrek menggunakan brek cakera hidraulik bersaiz 300 mm (depan) dan 240 mm (belakang) lengkap dengan Sistem Brek-Anti Kunci (ABS) dwi-saluran.
Informasi penting lain:
Sistem lampu LED penuh
Port pengecas USB Type-A & Type-C
Tangki bahan api 12.5 liter
Panel meter digital penuh berwarna lengkap dengan sambungan ke telefon pintar menerusi Bluetooth
Set roda 110/70-17 (depan) 140/60-17 (belakang)
Berat 162 kg
Dimensi:
Panjang 2,010 mm
Lebar 770 mm
Tinggi 1,125 mm
Jarak antara roda 1,360 mm
Tinggi pelana 780 mm
Lega bumi 135 mm
Seperti biasa, setiap pembelian QJMotor SRK 250R (2025) datang dengan jaminan pengeluar selama dua tahun bersama jarak perbatuan tanpa had selain perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.
















