QJMOTOR SRK 250RD Tayang Di Johor, Pelancaran Hujung Tahun Ini, Bawah RM 23k?
QJMotor SRK250 RD dipacu enjin 249 cc, 4 Silinder Sebaris, 16 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api dan menghasilkan kuasa sebesar 40 Hp pada 15,500 rpm dan tork 22 Nm pada 12,500 rpm
TERKINITULAR
8/11/20251 min read


SEMPENA pembukaan MForce Smart Shop ke-17 di Malaysia di Pontian, Johor, pihak MForce Bike turut menayangkan sebuah model menarik dalam segmen 'Sportbike' iaitu QJMotor SRK 250RD, motosikal yang dipacu enjin 250 cc, 4 Silinder Sebaris.
Seperti jangkaan, ia pantas menjadi tumpuan.
Berbeza daripada dilihat menerusi gambar, motosikal berkenaan jelas nampak jauh lebih menarik apabila dilihat secara nyata.
Tampil dengan rekaan yang mungkin sedikit kontroversi di bahagian depan, tetapi secara keseluruhan penampilannya tampak menarik, seimbang terutama dengan penambahan 'Winglet' aero yang membuatkannya nampak mahal.
Setakat ini, tiada perincian lengkap diberikan oleh pihak MForce Bike mengenai spesifikasi lanjut motosikal yang akan bersaing dengan Ninja ZX-25R ini.
Begitupun, enjin 249 cc, 4 Silinder Sebaris, 16 Injap yang digunakan menghasilkan kuasa sebesar 40 Hp pada 15,500 rpm dan tork 22 Nm pada 12,500 rpm.
Dan mungkin paling menarik, berdasarkan maklumat yang diperoleh QJMOtor SRK 250RD bakal dijual di Malaysia dengan harga bawah RM 23k dan pelancarannya dijadual pada November ini berkemungkinan di ibu pejabat QJMotor di China.
Daripada model yang ditayangkan, informasi menarik yang diperoleh adalah ia turut dipadankan dengan sistem brek menggunakan kaliper daripada Brembo.
Malah berdasarkan maklumat juga, mungkin akan berlaku beberapa penambahbaikan berbanding model yang ditayangkan antaranya ia akan dilengkapi sistem kamera.










