QJMOTOR SRK 250S (2025) Dilancarkan, Asas RM 9.9k!

Kehadiran QJMotor SRK 250S (2025) adalah 'Naked bike' suku liter kedua yang kedua ditawarkan oleh pihak MForce Bike berharga bawah RM 10k selepas CFMoto NK250 Lite sebelum ini.

PELANCARAN

8/10/20251 min read

QJMotor SRK 250S
QJMotor SRK 250S

QJMOTOR Malaysia, hari ini melancarkan penawaran terbaharunya dalam segmen 'Naked bike' suku liter, QJMotor SRK 250S (2025) dan seperti dijanjikan, tampil dengan penawaran harga cukup menarik RM 9,888 (asas).

Dua pilihan warna ditawarkan iaitu Black dan Grey. Harga yang diumumkan tidak termasuk cukai jalan dan insuran.

Kehadiran QJMotor SRK 250S (2025) adalah 'Naked bike' suku liter kedua yang kedua ditawarkan oleh pihak MForce Bike berharga bawah RM 10k selepas CFMoto NK250 Lite sebelum ini.

Sekalipun dijual pada harga boleh dikatakan 'rahmah', QJMotor SRK 250S (2025) tampil dengan rekaan menarik tipikal 'Street fighter' dengan pelana dua tingkat serta rekaan ekzos bergaya selain dilengkapi spesifikasi yang 'sedap' dalam kelasnya.

Di bahagian trenkuasa, QJMotor SRK 250S (2025) dipacu enjin bersesaran 249 cc, 1 Silinder 4 Lejang, 4 Injap, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.

Kuasa yang dihamburkan adalah 27.4 Hp pada 9,500 rpm dan tork 22.5 Nm pada 7,250 rpm.

Sistem suspensi menggunakan daripada fork jenis terbalik (USD) dan penyerap hentak tunggal (belakang).

Sistem henti pula dijana brek cakera tunggal bersaiz 300 mm (depan) dan brek cakera 240 mm (belakang) lengkap Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dua saluran.

Info dan ciri-ciri lain adalah seperti berikut:

  • Penghidup elektrik

  • Sistem lampu LED penuh

  • Lampu kecemasan

  • Port USB Type-A

  • Panel meter TFT berwarna lengkap dengan sambungan telefon bimbit

  • Set roda 110/60-17 (depan), 140/60-17 (belakang)

  • Berat 148 kg

Dimensi:

  • Panjang 2,010 mm

  • Lebar 810 mm

  • Tinggi 1,070 mm

  • Jarak roda 1,370 mm

  • Lega bumi 135 mm

  • Tinggi pelana 780 mm

Seperti biasa, setiap pembelian QJMotor SRK 250S (2025), pembeli akan menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun dengan jarak perbatuan tanpa had dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.