QJMOTOR SRK250 RA, 'Sportbike' 250 cc Dengan Transmisi AMT Lancar Di IIMS 2026!

Selain sistem Automatic Manual Transmission (AMT), QJMotor SRK250 RA (2026) turut tampil dengan teknologi 'single sided swing arm' yang menjadikannya kelihatan eksklusif, seakan motosikal berkuasa besar dari Itali

TERKINI

2/10/20261 min read

PASARAN motosikal 'Sportbike' 250 cc di Indonesia menerima kejutan apabila QJMotor memperkenalkan jagoan terbaharunya, QJMotor SRK 250 RA, model yang membawa teknologi menarik Automatic Manual Transmission (AMT).

Dilancarkan sempena pameran Indonesia International Motor Show (IIMS) 2026, kehadiran QJMotor SRK 250 RA (2026) jelas sesuatu yang mengujakan.

Tampil dengan penggayaan agresif dengan garis badan tajam, turut menarik adalah ia menggunakan teknologi 'single sided swing arm' yang menjadikannya kelihatan eksklusif, seakan motosikal berkuasa besar dari Itali.

Dengan sistem AMT, penunggang boleh memilih untuk menukar gear secara manual atau membiarkan sistem elektronik menguruskan perpindahan gear secara automatik.

Ciri-ciri menarik lain termasuklah panel meter TFT berwarna dengan sambungan telefon pintar, Kawalab Cengkaman (TCS), suspensi depan USD, brek cakera tunggal (depan/belakang) dengan kaliper Brembo dan ABS 2 Saluran.

Angka jualan yang diumumkan adalah Rp 74.9 juta iaitu sekitar RM 17,497.