QJMOTOR SRK250R (2026) Kini Dengan Pilihan Warna Baharu, Lagi Kacak!
Pilihan warna terbaharu iaitu White, Silver dan Black untuk QJMotor SRK250R (2026) tampil dengan corak lebih 'bersih' tanpa sebarang jalur berbanding penawaran terdahulu - Red Silver, Blue dan Black
TERKINI
1/7/20261 min read


QJMOTOR Malaysia kurang 4 bulan selepas pelancaran motosikal 'Sportbike' marhaennya, QJMotor SRK250R (2026) di pasaran tempatan mengumumkan kemas kini terbaharu yang membabitkan pilihan warna bagi versi 2026.
Apa yang menarik, pilihan warna terbaharu iaitu White, Silver dan Black tampil dengan corak lebih 'bersih' tanpa sebarang jalur berbanding penawaran terdahulu - Red Silver, Blue dan Black.
Dan lebih menarik adalah harga jualan asas yang diumumkan kekal RM 9,988.
Sebagai info, pilihan warna terdahulu turut dikekalkan.
Untuk pilihan warna White, ia digandingkan dengan rim berwarna merah manakala Silver dan Black tampil dengan padanan rim berwarna emas yang membuatkan penampilan motosikal ini lebih menyerlah.
Selain kemas kini warna, SRK250R mengekalkan pakej trenkuasa yang sama:
Enjin: 249cc, 1 silinder, 4 injap, Penyejuk Cecair, DOHC
Transmisi: 6 kelajuan, pacuan rantai.
Kuasa maksimum: 27.5hp @ 9,500 rpm.
Tork maksimum: 22.5Nm @ 7,250 rpm.
Tangki bahan api: 12.5 liter.
Suspensi: Fork terbalik (USD) di depan, monoshock boleh laras di belakang.
Brek: Cakera depan & belakang dengan ABS dwi-saluran.
Lampu: LED penuh.
Panel meter: Paparan digital berwarna.
Ciri tambahan: USB Type-A & Type-C, swingarm aluminium
Berat: 162 kg.

