QJMOTOR SRK450 RR Dah Sampai Malaysia, RM 25,888!
Seperti majlis pelancaran mengenai kehadirannya di pasaran Malaysia pada November lalu di China, QJMotor SRK450 RR diumumkan dengan harga mengejutkan iaitu RM 25,888
TERKINI
1/16/20261 min read


QJMOTOR Malaysia, hari ini mengumumkan motosikal 'Sportbike' 4 Silinder Sebaris QJMotor SRK450 RR sudah pun 'mendarat' di Malaysia dan tiba di bilik pameran sah MForce Bike seluruh negara.
Seperti pengenalannya pada November lalu ketika pelancarannya di China, QJMotor SRK450 RR diumumkan dengan harga mengejutkan iaitu RM 25,888.
Seperti biasa, harga yang ditawarkan tidak termasuk cukai jalan dan insurans dengan pilihan warna yang tersedia adalah Black, Silver dan Red.
Sebagai model berprestasi, QJMotor SRK450 RR dipadankan dengan teknologi perlumbaan moden dan menurut QJMotor Malaysia, ia menawarkan pengalaman tunggangan yang menghampiri jentera litar sebenar.
Dari sudut teknologi, QJMOTOR SRK450 RR dilengkapi panel meter TFT dengan sambungan telefon pintar, USB Type-A dan Type-C, sistem lampu LED penuh dengan DRL, Traction Control System (TCS) boleh nyahaktif, kamera rakaman hadapan dan belakang dan TPMS.
Dua mod tunggangan (Normal dan Sport) tersedia serta Launch Control.
Di bahagian trenkuasa, QJMotor SRK450 RR dipadankan dengan enjin bersesaran 421 cc, 4 Silinder Sebaris, 16 Injap, Penyejuk Cecair, Fi, DOHC dengan transmisi 6 kelajuan klac manual.
Kuasa pada angka 76.4 Hp pada 14,000 rpm dan tork 39 Nm pada 13,000 rpm.
Aspek pengendalian, QJMOTOR SRK450 RR menggunakan fork jenis terbalik jenama Marzocchi (depan) dan penyerap hentak tunggal (belakang) dan turut memiliki sayap aerodinamik.
Turut menarik, sistem brek menggunakan cakera berkembar 300 mm dengan kaliper Brembo (depan) dan cakera tunggal 240 mm (belakang) lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 Saluran.
Info lain:
Tangki bahan api 16.5 liter
Sistem kunci mekanikal
Set roda 120/70-17 (depan), 160/70-17 (belakang)
Dimensi 2,020 mm panjang, 755 mm lebar dan 1,130 mm tinggi, jarak roda 1,385 mm
Tinggi pelana 808 mm
Suis keselamatan tongkat sisi
Lega bumi 150 mm
Berat 176 kg
Menurut QJMotor Malaysia, setiap pembelian QJMOTOR SRK450 RR disertakan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun dengan perbatuan tanpa had, serta akses kepada alat ganti tulen secara dalam talian melalui platform perkhidmatan MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.





