QJMOTOR SRV250 AMT (2025), Kruiser Transmisi Auto-Manual Rasmi Di Malaysia, Asas RM 17,888!
QJMotor Malaysia melancarkan model terbaharunya di pasaran tempatan yang boleh dikatakan cukup menarik dan unik, QJMotor SRV250 AMT
PELANCARAN
7/20/20251 min read


QJMOTOR SRV250 AMT (2025), motosikal dalam segmen kruiser dengan ciri unik iaitu dipadankan dengan transmisi Automatik-Manual secara rasmi 'mendarat' di pasaran Malaysia, hari ini.
Pelancaran berkenaan turut mencipta sejarah kepada QJMotor SRV250 A-MT (2025) adalah model pertama dalam segmen berkenaan dilancarkan di pasaran Malaysia.
Dua pilihan warna tersedia iaitu:
Matt Black
Silver
Tampil dengan rekaan kruiser retro klasik konvensional atau model tanpa AMT, apa yang menarik adalah ia boleh ditunggang seperti sebuah model skuter.
Justeru, ia cukup sesuai bagi mereka yang mahukan pengalaman menunggang santai tanpa perlu bermain klac dan gear secara manual, namun tetap mengekalkan prestasi dan lebih menarik, sebuah motosikal kruiser tulen.
Di bahagian trenkuasa, QJMotor SRV250 AMT (2025) dipadankan dengan enjin 249 cc, 2 Silinder V-Twin, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC dengan sistem pacuan akhir menggunakan rantai.
Kuasa yang dihamburkan adalah 27.5 Hp pada 9,000 rpm dan tork 23 Nm pada 7,000 rpm.
Seperti skuter, QJMotor SRV250 AMT tidak memiliki tuil klac dan ia digantikan dengan tuil brek belakang.
Begitupun untuk lebih rasa sensasi, penukaran gear tetap boleh dijalankan secara manual dengan menekan'+' atau '-' yang terletak di bar hendal kiri dengan tiada pedal penukaran gear di bahagian kaki kiri dan pedal brek kaki kanan.
Sistem suspensi dikendalikan oleh fork teleskopik jenis terbalik (USD) dan penyerap hentak berkembar (belakang) dengan sistem brek dijana brek cakera tunggal 280 mm (depan), cakera tunggal 240 mm (belakang) lengkap Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) 2 Saluran.
Bagi tujuan keselamatan dan kawalan, motosikal ini hadir dengan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) yang boleh dihidupkan atau dimatikan.
Info lain:
Tinggi pelana 700 mm
Lega bumi 160 mm
Tangki bahan api 13.5 liter
Set roda 120/80-16 (depan), 150/80-15 (belakang)
Panel meter digital
Port pengecas USB
Lampu LED (depan/belakang)
Berat 167 kg
Seperti biasa, setiap pembelian QJMotor SRV 250 AMT (2025) akan menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun dengan jarak perbatuan tanpa had dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.


















