RAHSIA Kebangkitan Toprak Razgatlioglu

Toprak Razgatlioglu mendedahkan rahsia 'kebangkitannya' dalam kempen WorldSBK ketika ini selepas sentiasa dibayangi pelumba Ducati, Nicolo Bulega

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

7/15/20251 min read

Toprak Razgatlioglu
Toprak Razgatlioglu

PELUMBA bintang Turki, Toprak Razgatlioglu kembali 'mengganas' dengan dua kemenangan hatrik di Misano dan Donington Park dengan kebangkitan yang diperolehnya boleh dikatakan cukup efektif.

Bergelut di awal musim khususnya pada pusingan pertama, Phillip Island dan Cremona, pelumba pasukan BMW Motorrad itu berkata dia ketika ini menunggang dengan lebih baik dan rahsianya adalah 'tidak bercakap' mengenai peraturan WorldSBK.

"Apa yang berubah? Saya tidak bercakap mengenainya lagi," kata Razgatlioglu memetik laporan Crash.net. "Saya tidak kisah mengenai peraturan.

"Jentera saya lebih perlahan. Saya hanya senyum, hanya menunggang jentera, hanya fokus kepada jentera sata. Saya menunggang dengan lebih baik.

"Saya memiliki kontrak untuk tahun depan, selama dua tahun, jadi saya tenang. Saya hanya menunggang jentera dan menikmatinya. Ia banyak membantu.

"Saya mempunyai sasaran untuk menjuarai kejuaraan. Jika saya melakukannya, saya akan amat gembira. Untuk BMW, saya perlu memberikan sesuatu."

Dengan menjuarai ketiga-tiga perlumbaan seminggu, Razgatlioglu menjadi pelumba pertama melakukan hatrik di litar yang sama dalam tiga edisi berbeza (2022, 2024 dan 2025).

"Tidak begitu buruk kan. Kami masih memecahkan beberapa rekod. Pada minggu ini, segala-galanya nampak di bawah kawalan. Tetapi tidak pada Jumaat. Kami bermula bukan dengan 100 peratus. Saya merasakan banyak masalah.

"Jentera saya tidak mahu mengambil selekoh, tiada cengkaman, dan ada masalah elektronik. Tetapi pada akhirnya kami bertambah baik."