RAHSIA Valentino Rossi Didedah!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

11/23/20241 min read

VALENTINO Rossi menjuarai empat daripada tujuh gelaran dunia MotoGP miliknya bersama Yamaha dan antara individu penting berada di sini legenda Itali itu adalah Davide Brivio.

Sebagai Pengurus pasukan, Brivio menjadi watak utama 'memikat' Rossi ke Yamaha daripada Honda sekalipun ia bermakna pelumba itu meninggalkan pasukan yang baru saja menjulangnya sebagai juara dunia.

Dan tindakan itu memang membuahkan hasil.

Terkenal sebagai pelumba yang memiliki watak ceria, Brivio mendedahkan Rossi sebenarnya seorang yang cukup bekerja keras dan serius ketika berada dalam garaj pasukannya.

"Saya berada di Yamaha, dia berada di Honda dan kami meyakinkan dia untuk menyertai kami," kata Brivio kepada Relevo.

"Dia mempunyai mentaliti untuk menang, malah, tempat kedua baginya tidak cukup baik.

"Jadi dia menggunakan pendekatan berbeza di Yamaha. Dia menggabungkan mentaliti sebagai seorang yang sentiasa mempunyai bercita-cita tinggi untuk menang, sentiasa mahu memberikan yang maksimum.

"Apa yang Valentino amat bagus adalah dari sudut profesionalism yang dia ada di garaj pasukan, di atas jenteranya. Dia amat profesional.

"Dia bekerja dengan amat panjang, mengadakan mesyuarat, belajar tetapi apabila di luar garaj, kamu boleh keluar makan malam, berseronok.

"Dia seorang yang amat profesional dan juga amat menyeronokkan. Jadi ia satu pembelajaran yang hebat untuk saya juga di mana kamu boleh mempunyai kedua-duanya."

Rossi meninggalkan Honda sebagai juara dunia MotoGP untuk menyertai Yamaha pada 2004 dan pelumba dengan gelaran 'The Doctor' itu sentiasa menjadi antara pelumba yang istimewa buatnya.

"Valentino sentiasa mempunyai tempat yang istimewa dalam hati saya," kata Brivio. "Kami menjuarai empat gelaran, kami melakukan banyak perkara bersama-sama tetapi apa yang penting adalah kami banyak berseronok."