RAPIDO Malaysia Tandatangan Kerjasama Strategik Dengan 5 Pasukan Di Pentas Cub Prix, ARRC!

Menurut Rapido Malaysia, kerjasama yang terjalin bersama 5 pasukan ternama itu memperkukuh komitmen mereka dalam menyokong pembangunan arena perlumbaan dua roda negara

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

4/14/20261 min read

JENAMA Pengeluar alat ganti dan aksesori motosikal tempatan, Rapido Malaysia mengukuhkan posisinya dalam arena sukan permotoran negara apabila menandatangani kerjasama strategik bersama 5 pasukan yang beraksi di pentas Cub Prix dan ARRC musim 2026.

Menurut Rapido Malaysia, kerjasama yang terjalin itu memperkukuh komitmen syarikat itu dalam menyokong pembangunan arena perlumbaan dua roda negara.

Lima pasukan yang memeterai perjanjian tajaan bersama Rapido Malaysia adalah:

  • Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing

  • TAB Sports SCK Honda Racing Team

  • Honda Castrol Power 1 Yuzy Racing

  • VOGE Racing Team

  • Estremo Pitsbike Yamaha FiveZero Racing

Selain di pentas Kejuaraan Cub Prix Malaysia, pasukan seperti Voge Racing Team dan Yuzy Racing turut beraksi dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC).

Selain membantu meningkatkan prestasi pasukan di litar menerusi penawaran sokongan produk berkualiti dan jalinan kerjasama teknikal, Rapido Malaysia akan turut terbabit dalam elemen penjenamaan melalui perjanjian ini.

Rapido Malaysia berkata pengesahan kerjasama yang dijalin bersama lima pasukan ini diharapkan mampu membuka ruang kepada lebih banyak pencapaian membanggakan pada kempen perlumbaan akan datang.

"Dengan sokongan berterusan daripada rakan strategik, pasukan perlumbaan dan rakan media, Rapido Malaysia komited untuk terus memainkan peranan aktif bagi memajukan sukan permotoran di Malaysia, di samping memperkukuh kedudukan jenama di pentas perlumbaan," kata BK Chua dari Rapido Malaysia.

"Menjelang saingan musim baharu, semua pihak tampil dengan semangat kerjasama, keyakinan serta komitmen tinggi. Kami berharap hubungan strategik yang terjalin ini terus berkembang positif serta memberi manfaat besar kepada ekosistem sukan permotoran tempatan pada masa hadapan," kata kenyataan itu.

Turut berlangsung sempena majlis berkenaan adalah Sambutan Hari Raya Aidilfitri.