RAUL Fernadez Akui Bertuah, Kemalangan Di Sepang Antara Terburuk!

SUKAN PERMOTORAN 2 RODA

2/11/20251 min read

PELUMBA Trackhouse Aprilia, Raul Fernandez yang berdepan kemalangan ngeri di Sepang, minggu lalu tiba di Thailand dalam usahanya untuk menyertai ujian pra-musim kedua di Buriram yang bermula hari ini.

Akibat kemalangan di Malaysia, pelumba kelahiran Sepanyol itu mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri dan kaki.

Fernandez tidak menunggu lama untuk pulang ke Sepanyol bagi menjalani pembedahan dengan pasukannya mengumumkan prosedur yang dilalui mencapai kejayaan.

"Saya bertuah berada di sini," kata Fernandez. "Selepas kemalangan, saya pulang ke Sepanyol secepat yang mungkin. Saya amat menghargai apa yang Dr Xavier Mir lakukan kerana di Barcelona, dia sudah menyediakan segala-galanya untuk pembedahan.

"Dan kerana itu, saya berada di sini. Dia benar-benar membantu saya.

"Kemalangan itu hanya berlaku seminggu lalu, jadi ia amat pantas. Saya perlu pergi ke Eropah, jalani pembedahan dan datang semua. Ia tidak mudah, tetapi kami di sini."

Mengulas lanjut, Fernandez berkata dia tidak lagi mahu memikirkan kemalangan yang berlaku di selekoh 9 itu dan penting untuknya membantu pasukan dan Aprilia.

"Apa yang berlaku? Tidak banyak yang boleh saya cakap. Saya tidak mahu memikirkan kemalangan itu terlalu banyak. Ia adalah salah satu kemalangan paling terus dalam hidup saya.

"Jadi apa saya boleh katakan adalah saya bertuah. Saya berada di atas jentera, dan beberapa saat kemudian apa yang saya ingat adalah saya berada di bawah. Dan itu saja."

Selain Fernandez, Aprilia turut kehilangan pelumba utamanya Jorge Martin susulan kemalangan di Sepang.